saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 31/01/2010

Blair tidak kesal

LONDON 30 Jan. – Bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair berkata, beliau tidak menyesal menggulingkan Saddam Hussein selepas bersungguh-sungguh mempertahankan tindakan menceroboh Iraq pada 2003 dalam satu siasatan awam berhubung perang tersebut.

Mengakhiri sesi keterangan yang panjang semalam, Blair berkata, beliau mengaku ‘bertanggungjawab tetapi tidak kesal dengan tindakan menggulingkan Saddam’ dengan menegaskan pemimpin Iraq itu ialah ‘raksasa’ yang bukan sahaja mengancam rantau tersebut tetapi juga dunia.

Ketika beliau meninggalkan sesi siasatan perang ke atas Iraq itu kemudiannya, jeritan ‘penipu’ dan ‘kamu adalah pembunuh’ kedengaran daripada galeri awam, di mana sebahagian saudara-mara 179 anggota tentera Britain yang terbunuh di Iraq menyaksikan keterangannya.

Dalam keterangannya, Blair menolak dakwaan yang mengatakan beliau ada membuat perjanjian ‘sulit’ dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu, George W. Bush berhubung perang tersebut.

Namun menurutnya, beliau telah diyakinkan Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran (WMD) dan ia perlu diberi perhatian segera.

“Keputusan yang saya ambil ketika itu dan secara terus terang mungkin saya akan lakukan lagi adalah, sekiranya ada sebarang kemungkinan beliau (Saddam) membangunkan senjata pemusnah besar-besaran, kita perlu hentikan dia,” katanya.

Hampir tujuh tahun selepas pencerobohan tersebut dan enam bulan selepas tentera Britain meninggalkan Iraq, keputusan Blair melancarkan perang masih menimbulkan kontroversi dan beratus-ratus penunjuk perasaan membantah di luar lokasi siasatan dijalankan.

Duduk di hadapan panel siasatan yang berpakaian sut biru laut serta tali leher merah, Blair seperti biasa melindungi tindakannya, mempertahankan pasukan risikan yang mencetuskan perang dan menegaskan Iraq adalah sebuah negara yang baik tanpa Saddam.

Ditanya sama ada beliau pernah berjanji yang Britain akan menyokong perang terhadap Iraq semasa pertemuan dengan Bush pada 2002 di rumah ladang bekas Presiden AS itu di Crawford, Texas, 11 bulan sebelum Parlimen Britain memilih untuk menjalankan tindakan ketenteraan, beliau menyangkal dakwaan tersebut.

“Saya telah beritahu Bush yang kami akan bersamanya dalam menghadapi dan berdepan ancaman senjata pemusnah besar-besaran Iraq,” katanya. – AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.