saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/02/2010

Rumah: RM37.6 juta untuk TP 1Malaysia


ORANG ramai yang hadir semasa Sambutan dan Festival Hari Wilayah Persekutuan 2010 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur malam tadi.


KUALA LUMPUR 31 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan penubuhan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP 1Malaysia).

Beliau berkata, tabung berkenaan merupakan usaha murni pihak kerajaan untuk mewujudkan satu tabungan khas bagi membaikpulih dan menyelenggara rumah-rumah kos rendah milik swasta di ibu kota.

Katanya, bagi menjayakan penubuhan tabung itu pihak kerajaan dan swasta akan menyediakan peruntukan sebanyak RM37.6 juta.

''Peruntukan ini diperolehi daripada Kerajaan Pusat (RM20 juta), Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (RM5 juta), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (RM10 juta).

''Firma swasta pula menyediakan peruntukan sebanyak (RM2.6 juta). Dengan adanya tabung ini ia dapat memastikan keselesaan warga kota khususnya yang menghuni perumahan bertingkat," kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian ketika melancarkan Sambutan dan Festival Hari Wilayah Persekutuan 2010 di Dataran Merdeka di sini malam ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta beberapa Menteri Kabinet.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut meminta penghuni rumah kos rendah milik swasta supaya bersama-sama menjaga rumah mereka selepas ia diperbaiki.

"Bagi saya ini merupakan tanggungjawab bersama antara semua pihak termasuk penghuni sendiri.

"Jagalah rumah kita dengan sebaik-baiknya dan kerajaan sedaya upaya akan menghulurkan bantuan dan atas asas ini kita akan menubuhkan jawatankuasa pengurusan bersama.

"Melalui jawatankuasa ini, saya percaya usaha kita menyelenggara kediaman perumahan kos rendah swasta akan bertambah mudah dan lebih berkesan kerana ia melibatkan tanggungjawab bersama," katanya lagi.

Dalam pada itu Najib berkata, melalui jawatankuasa tersebut juga kerajaan sedia memberi geran tetapi dengan syarat pihak penghuni dan swasta yang turut menganggotainya sanggup mengeluarkan kos perbelanjaan.

"Sebagai contoh, sekiranya mereka sanggup mengeluarkan RM100,000, kerajaan juga akan mengeluarkan RM100,00 (menyelenggara dan membaiki rumah kos rendah)," jelas beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.