saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/02/2010

Terima kasih Klinik 1Malaysia


KERUSI roda disediakan bagi pesakit di Klinik 1Malaysia, Desa Rejang, Setapak, Kuala Lumpur.


BELUM pun sebulan Klinik 1Malaysia dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Januari lalu, kesannya kepada jaminan kesihatan dan khidmat perubatan lebih baik yang dekat dengan rakyat, semakin dirasakan masyarakat bandar.

Dengan sejumlah 48 klinik termasuk 10 di Wilayah Persekutuan dan Selangor, warga kota khususnya yang berpendapatan rendah boleh menarik nafas lega. Apa tidaknya, Klinik 1Malaysia ditempatkan di kawasan perumahan mereka, tidak lagi perlu berkenderaan ke Klinik-klinik Kesihatan yang jauhnya sehingga 10 kilometer dari rumah.

Membayar serendah RM1 iaitu kadar yang sangat murah, pesakit atau ibu bapa yang membawa anak-anak sakit ringan seperti demam, batuk, sakit kepala dan selesema ditawarkan pemeriksaan, rawatan dan ubat-ubatan sebaik mungkin dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Wartawan Unit Khas Utusan Malaysia, NORIMY AIMI dan ROSALINDA MD. SAID serta jurugambar ISMAIL KAMADIN dan AIZZUL A. MAJID mengunjungi beberapa Klinik 1Malaysia di sekitar ibu negara untuk mengetahui sejauh mana klinik tersebut dimanfaatkan dan menjadi sebahagian Ďasetí kepada warga kota.

Hasilnya, tiada seorang pun yang mempersoal keberkesanan dan perkhidmatan Klinik 1Malaysia. Kemudahan dan layanannya mendapat pujian. Hampir setiap pesakit atau responden berterima kasih dan melahirkan rasa syukur atas penubuhan Klinik 1Malaysia.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.