saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 01/02/2010

Keindahan Gua Kerbau memukau


KEINDAHAN alam semula jadi dalam Gua Kerbau ini amat sesuai dijadikan tempat riadah bagi seisi keluarga. – UTUSAN/Halim Khalid


JITRA 31 Jan. – Melihat dari jauh khususnya ketika melewati jalan ke Kodiang di Jitra, panorama beberapa bukit batu kapur yang kukuh dikelilingi sawah padi yang menjadikan landskap Kodiang kelihatan begitu unik dan menarik.

Di sebalik bukit batu yang tersergam indah itulah, tersembunyi sebuah gua yang dikenali sebagai Gua Kerbau.

Terletak kira-kira 50 kilometer dari bandar raya Alor Setar, Gua Kerbau yang mendapat nama melalui sebuah batu besar yang menyerupai kerbau itu turut kaya dengan pelbagai informasi sejarah.

Mengikut kisah-kisah terdahulu, ada yang mengatakan bahawa gua itu terjadi disebabkan sumpahan ‘Sang Kalembai’ namun kesahihan kisah tersebut masih belum terbukti.

Memasuki Gua Kerbau juga bakal memberikan pengalaman baru kepada para pengunjung yang gemarkan cabaran.

Ini kerana pengunjung perlu mendaki beberapa anak tangga dan sebaik sahaja memasuki gua tersebut, suasananya yang gelap dan dingin akan mula dirasai.


PEMANDAGAN menghijau di luar menambahkan keindahan Gua Kerbau, Jitra.


Biarpun terhidu bau yang kurang menyenangkan disebabkan tahi kelawar, keindahan struktur stalagtait dan stalagmait yang ada di dalam gua tersebut pasti membuatkan pengunjung terpaku.

Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Zainol Husin berkata, geologi am di kawasan itu terdiri daripada bukit batu kapur yang membentuk ‘topografi mogot’ di kawasan yang dikelilingi oleh enapan alluvium.

“Batuan di kawasan ini berwarna cerah hingga kelabu dan sebahagian dari bahagian utara kawasan ini mempunyai topografi tebing yang lebih landai.

“Terdapat juga banyak kikisan lereng, alur pelarutan di bahagian selatan kawasan gua ini dan di sini terdapat banyak struktur stalagtait dan stalagmait yang menarik,” katanya di sini baru-baru ini.

Jelasnya, Gua Kerbau yang terbentuk sejak 200 hingga 300 juta tahun itu juga dikatakan pernah menjadi tempat kediaman masyarakat purba berdasarkan kepada penyelidikan. Tambahnya, antara artifak yang ditemui di Gua Kerbau antaranya seperti alat-alat batu zaman neolitik.

“Tembikar berkaki tiga yang mempunyai persamaan dengan penemuan di Bukit Tungku Lembu, Perlis dan di Bankao, Thailand juga ditemui.

“Di Gua Batu Putih yang terletak kira-kira 200 meter arah laut Gua Kerbau, terdapat lukisan-lukisan yang berbentuk manusia dan binatang,” katanya.

Katanya, banyak pihak percaya bahawa lukisan-lukisan itu dilukis oleh masyarakat Orang Asli yang pernah tinggal di situ.

Menurutnya, Gua Kerbau juga berpotensi untuk dijadikan sebagai tapak geowarisan negara kerana mempunyai struktur semula jadi yang indah.

“Pihak kami telah menjalankan kajian selama dua tahun di kawasan ini dan Gua Kerbau mempunyai potensi besar untuk disenaraikan sebagai tapak geowarisan negara.

“Tempat ini juga kaya dengan keindahan alam semula jadi dan sesuai dijadikan tempat riadah bagi seisi keluarga,” jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.