saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 01/02/2010

Kehebatan si pemain pedang cilik


PENGLIBATAN pada usia muda dapat menerapkan nilai positif dan mengintai peluang untuk bergiat ke peringkat yang lebih tinggi.


PEDANG pernah menjadi peralatan terpenting dalam kehidupan manusia bahkan hampir semua tamadun yang pernah wujud di dunia ini mengiktiraf kehebatannya.

Sejak penciptaannya pada Zaman Gangsa, tidak pernah tercipta satu pun senjata yang dapat mengatasi peranan dan fungsinya.

Sehingga sekarang, ia kekal sebagai raja segala senjata dan menjadi lambang kuasa dan darjat.

Bagi masyarakat Jepun pula, seorang mahaguru belum tentu berkuasa tanpa pedangnya. Begitulah kata pepatah yang menggambarkan kepentingan mempelajari seni mempertahankan diri tersebut.

Zaman beredar dan kini tidak ada lagi aksi-aksi samurai, Zorro dan Robin Hood kecuali apa yang ditayangkan melalui kaca televisyen dan layar perak.

Namun bagi yang dilahirkan dengan semangat seorang wira, keinginan menghunus dan menjatuhkan lawan dengan pedang pasti tetap bergelora.

Bagi yang ingin melepaskan desakan itu, Kelab Lawan Pedang Swashbuckler di Petaling Jaya, Selangor sedia membawa anda ke dunia yang dikuasai mereka yang mempunyai gerak dan langkah terpantas.

Sejak mula beroperasi pada 2006, kelab latihan lawan pedang yang diterajui oleh dua gadis itu kini mempunyai 160 ahli yang terdiri daripada pemain berusia antara lima hingga 52 tahun. Kebanyakkan adalah kanak-kanak.

Jurulatih Annie Foo berkata, sukan lawan pedang boleh menjadi senaman terbaik untuk membina kecergasan diri kerana melibatkan pergerakan seluruh anggota badan.

"Pergerakan sukan ini membantu meningkatkan tindak balas, membantu seseorang lebih fokus dan mengawal koordinasi badan," ujarnya yang berpengalaman 24 tahun dalam sukan itu.

Selain corak permainan yang tangkas, sukan itu juga memupuk kemahiran mengatur strategi dan mengenal kelemahan lawan.

"Lawan pedang sebenarnya sangat mirip kepada permainan catur, cuma ia dimainkan dengan lebih pantas," katanya.

Sementara itu, ada sebahagian daripada pelajar yang mengikuti kelas empat kali sebulan itu untuk menguruskan badan dan kekal langsing.

"Latihan selama satu jam sudah cukup untuk membuatkan seseorang bermandi peluh," ujar bekas atlet kebangsaan yang pernah lima kali mewakili negara ke temasya sukan SEA.

Bagaimanapun, sukan lawan pedang masih tidak begitu popular berbanding sukan-sukan lain di negara ini kerana kurang pendedahan sehingga sering disalah anggap.

Jurulatih kedua, Janice Kok berkata, masyarakat masih mempunyai persepsi bahawa sukan itu adalah sukan untuk golongan elit serta sering mendatangkan kecederaan kepada pemain.

"Padahal dengan peraturan dan peralatan yang menepati piawaian, sukan ini adalah sukan yang sangat selamat untuk diceburi.

"Kos untuk berkecimpung dalam sukan ini pun tidaklah semahal yang disangkakan. Pelaburannya hanya sekali untuk jangka masa panjang," ujar bekas jurulatih pasukan Selangor itu.

Mengenai keselamatan pemain, Janice menjelaskan bahawa pedang yang digunakan di dalam sukan itu tidak lebih daripada peralatan sukan.

"Bahagian hujungnya adalah punat besi yang tumpul dan tidak mampu menembusi walaupun pakaian," jelasnya sambil menunjukkan contoh pedang yang digunakan.

Punat di hujung mata pedang direka untuk mengesan tekanan ketika ia mengenai lawan. Sebaik sahaja punat tertekan, kiraan mata akan disalurkan secara elektronik melalui kabel yang dipasang pada hulu pedang kepada skrin kiraan mata.

Keselamatan bahagian muka pemain pula dilindungi topeng kasa dawai yang tidak mungkin ditempusi hujung pedang.

Menurut Janice, pembelajaran peringkat awal tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi kerana kelab menyediakan kit peralatan yang boleh dibeli secara berperingkat.

Pada harga RM475, ahli boleh mendapatkan kit permulaan termasuk topeng, pedang, sarung tangan, sarung pedang dan beg peralatan manakala kit kedua merangkumi sut pakaian dan stoking berharga RM345.

Maklumat lanjut mengenai sukan lawan pedang boleh diperolehi dengan melawati laman web http://www.fencing4all.com.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.