saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/02/2010

Adnan Sempit ke siri TV


David Teo (dua dari kanan) dan Ahmad Idham (kanan) bersama barisan pelakon yang menjayakan filem Adnan Sempit.


TIDAK puas hanya dengan sekali tontonan. Itu antara komen sebahagian besar penonton yang menyaksikan filem terbitan Metrowealth (MIG), Adnan Sempit di pawagam.

Filem komedi arahan Ahmad Idham itu ternyata mudah mesra dengan selera penonton biarpun tidak membariskan barisan pelakon yang gah namanya dalam dunia filem.

Formula meletakkan nama-nama seperti Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Norliana Samsudin, Along Raja Lawak, Cat Farish dan Angah Raja Lawak ternyata mencetus kombinasi yang baik dalam melahirkan komedi ringan spontan yang menghiburkan.

Manakan tidak, baru sahaja 13 hari menjengah pawagam filem ke-33 terbitan MIG itu telah berjaya mencatat kutipan pecah panggung (box-office) RM5.5 juta.

Berita tersebut diumumkan oleh penerbitnya, David Teo pada majlis kesyukuran kejayaan filem tersebut yang mencapai tahap box-office di pejabatnya, di bangunan Metrowealth, Subang Jaya baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, pada majlis yang sama David turut memberitahu bahawa pada penghujung Februari ini barisan pelakon filem itu sekali lagi ke lokasi penggambaran.

Bukan untuk filem tetapi untuk 26 siri TV Adnan Sempit untuk siaran Astro Warna.

"Hampir 90 peratus daripada pelakon filem itu terlibat sama dalam siri tersebut.

"Astro Warna tawarkan kami untuk terbitkan sebuah siri TV komedi.

"Saya cadangkan Adnan Sempit sebelum filem ini ditayangkan berdasarkan sambutan ramai terhadap triller 100 saat yang ditayangkan kepada penonton.

"Cadangan tersebut terus diterima kerana mereka percaya dengan jangkaan saya bahawa filem ini mampu mencecah kutipan box-office," katanya.

Sebelum ini MIG telah menghasilkan beberapa siri komedi untuk tayangan di Astro Warna antaranya Tiga Serumah dan Mama Murai.

Selain itu, siri lain yang mendapat sambutan hangat oleh pelanggan Astro ialah Mertua Vs Menantu dan Tiga Janda yang ditayangkan di Astro Prima.

Berbalik kepada kutipan tiket filem Adnan Sempit, menurut David pada hari pertama tayangan sahaja mencecah RM500,000. Malah, pada hari Sabtu minggu pertama ditayangkan, filem tersebut telah berjaya menarik lebih 100,000 penonton ke pawagam.

"Pada hari pertama tayangan sahaja jumlah kutipan telah mencipta rekod tertinggi kutipan dan ini lebih tinggi daripada kutipan yang pernah dicatat oleh Jangan Pandang Belakang iaitu RM485,000.

"Dalam masa yang begitu singkat filem ini berjaya memperoleh RM5.5 juta dan merupakan satu rekod baru dalam sejarah perfileman Melayu.

"Sehingga kini, jumlah penonton yang datang ke panggung ialah 611,119 orang. Ini sudah semakin hampir dengan sasaran satu juta penonton yang kita uar-uarkan sebelum ini. Hanya memerlukan 400,000 penonton sahaja lagi sasaran itu dapat dicapai," katanya.

Tidak menjangka filem terbitannya itu memperoleh maklum balas sedemikian daripada peminat, sasaran awalnya terhadap filem tersebut hanyalah sekitar RM4 juta kutipan.

"Ini memang diluar jangkaan dan jika dibandingkan dengan filem terbitan kami Jangan Pandang Belakang yang mendapat sambutan daripada penonton pun memang sudah menang.

"Bukan itu sahaja, kutipan pada hari Sabtu minggu kedua juga memeranjatkan. Mula-mula saya risau kerana pada hari kemangkatan Sultan Johor baru-baru ini, bimbang sekiranya sasaran satu juta penonton (RM8 juta kutipan) tidak tercapai.

"Ini kerana di Johor sahaja ada lapan pawagam yang mampu menarik ramai penonton. Bagaimanapun jumlah kutipan masih tinggi iaitu mencecah RM530,000.

"Melihat kepada jumlah kutipan tersebut, maksudnya di sini keyakinan penonton terhadap sesebuah filem itu sendiri begitu kuat. Sehinggakan ramai yang kata tidak puas menonton filem tersebut," kata David.

Bercerita tentang kekuatan filem tersebut, David berkata; "Komedi yang diketengahkan dalam Adnan Sempit adalah semulajadi dan tidak dibuat-buat, penonton dengan mudah menerima elemen lucu yang dipaparkan.

"Ini termasuklah beberapa dialog yang digunakan yang menjadi ikutan anak muda kini, antaranya ialah I don't want banana fruit two time.

"Kami juga tidak jangka kebanyakan dialog yang diucapkan oleh Sam boleh menjadi bahan komedi. Begitu juga dengan watak Angah yang komedi dari segi nyanyian.

"Mungkin inilah yang dimahukan oleh ramai penonton. Cerita yang mudah dan senang difahami.

"Kejayaan ini bagi saya adalah kejayaan komunikasi antara semua pelakon. Ini tidak mungkin tercapai tanpa kerjasama yang baik antara satu sama lain. Sebab itu filem tempatan tidak boleh cincai."

Bukan mudah buat filem ringan

Sementara itu, pengarahnya Ahmad Idham yang ditemui pada majlis yang sama mengakui tidak mudah menggarap sebuah filem komedi biarpun ia merupakan filem ringan.

Biarpun mensasarkan filem arahannya itu kepada golongan muda terutamanya mat rempit, namun hakikatnya tiga hari berkesempatan menonton bersama khalayak membolehkannya menilai sendiri tahap penerimaan penonton terhadap karyanya.

"Biarpun filem ini adalah ringan namun percaturan itulah yang saya rasa berjaya.

"Nak buat sebuah filem ringan memang susah, malah selepas pratonton filem tersebut tidak lama dulu saya langsung tidak mahu bercakap banyak mengenai filem ini.

"Bagaimanapun, dalam fikiran saya jika berjaya sekali pun filem ini saya tidak terkejut. Ini merujuk kepada tekanan yang dihadapi masyarakat hari ini yang sentiasa menantikan sesuatu yang boleh membuatkan mereka ketawa sehingga apabila keluar sahaja dari panggung mereka akan berasa lega," katanya.

Selesa mengarahkan filem ringan sebegitu, kata Ahmad Idham, filem tersebut mungkin sedikit lari daripada falsafah mahupun ideologi perfileman seperti yang tercatat dalam kebanyakan buku.

"Filem untuk festival atau pun pertandingan perlu ada falsafah dan ideologinya yang tersendiri.

"Kalau saya nak buat filem untuk memenangi anugerah, bermakna saya perlu tutup salah satu 'suiz' sama ada daripada segi kutipan tiket misalnya.

"Biarlah saya 'menang' menerusi kepercayaan penonton kerana bagi saya impaknya lebih banyak di mana pada akhirnya tempias akan dapat dirasai oleh pelbagai pihak," katanya mengakhiri perbualan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.