saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 02/02/2010

Gaji baru Polis Diraja Malaysia diumum esok Hishammuddin

02/02/2010 8:54pm

SEPANG 2 Feb. Kadar baru gaji dan elaun anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diumumkan esok, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurutnya, kadar baru itu diyakini akan meningkatkan taraf kehidupan anggota polis, sekali gus meningkatkan keupayaan pasukan berkenaan.

Ia juga, katanya, adalah sebahagian daripada cadangan yang dirumuskan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan Dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kadar baru ini yang akan saya umumkan esok adalah sebagai memenuhi janji yang saya berikan sewaktu saya mula menerajui KDN, katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pasport Malaysia versi Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini.

Laporan akhbar ini menyebut bahawa skim gaji dan elaun itu akan membolehkan pegawai polis berpangkat inspektor menerima gaji bulanan lebih RM3,000, manakala sarjan pula sehingga RM2,000 sebulan.

Menerusi skim ini, inspektor baru berpeluang menikmati kenaikan terbesar dengan gaji permulaan sebanyak RM2,060 berbanding RM1,492 sebelum ini serta pertambahan beberapa elaun lain seperti perumahan dan sara hidup.

Bagi para pemegang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), mereka dibenarkan menyertai PDRM dengan pangkat sarjan dan akan menikmati gaji permulaan RM1,500 berbanding RM800 sebelum ini.

Semua kenaikan itu berkuat kuasa pada 1 Januari tahun lepas, sekali gus bermakna anggota dan pegawai terlibat bakal mendapat durian runtuh melalui bayaran tunggakan bermula tarikh tersebut. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.