saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 03/02/2010

400 ikuti Motivasi Rakan Muda gemilang

BANGI 2 Feb. - Seramai 400 pelajar daripada lapan sekolah menengah sekitar Ampang melakar sejarah apabila menjadi peserta pertama projek perintis Motivasi Rakan Muda Gemilang 2010 peringkat nasional yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Program sehari bertema 'Mengilhamkan Harapan, Mencipta Masa Depan' itu adalah anjuran bersama Sekretariat Rakan Muda UKM dan Penyelaras Parlimen Ampang.

Ia bertujuan memberikan pendedahan serta motivasi bagi menjana pelajar cemerlang berkonsepkan 1Malaysia.

Pengerusi Penyelaras Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, menerusi aktiviti itu, para pelajar berpeluang memahami bidang pengajian mereka sebagai pilihan kerjaya menerusi penerangan fasilitator dan siswa pembimbing.

Menurutnya, terdapat ramai pelajar yang kecundang dalam mengejar impian kerjaya kerana tersalah pilih bidang pengajian akibat tidak mendapat pendedahan menerusi program sedemikian.

"Saya berharap para pelajar yang terlibat dengan program ini akan menjadi lebih bermotivasi dan dapat membina jati diri yang mempunyai matlamat hidup sekali gus menjadi modal insan berguna.

"Peserta aktiviti ini juga menjadi pelajar bertuah kerana program Motivasi Rakan Muda Gemilang bersama institusi pengajian tinggi awam ini adalah yang pertama kali diadakan, maka setiap peserta perlu memanfaatkan pengetahuan ini,'' katanya dalam ucapan perasmian program itu.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Prof. Datuk Dr. Mohamad Abdul Razak, Pegawai Pembangunan Rakan Muda, Roslan Hussin, Ketua Pengarah Motivasi Rakan Muda Gemilang, Mohd. Firdaus Ayob.

Ismail yang juga Ketua UMNO Bahagian Ampang berkata, para pelajar memang perlu diberikan lebih banyak pendedahan menerusi program berbentuk motivasi bagi melahirkan generasi muda bersemangat waja, berdaya saing dan berpandangan jauh.

Menurut beliau, antara faktor kejayaan sesebuah negara maju adalah aspek motivasi.

"Ia amat diberi penekanan utama sejak di bangku sekolah supaya setiap individu menghayati semangat juang tinggi, selain setiap rakyat dibekalkan dengan pendidikan yang secukupnya oleh pemerintah,'' katanya.

Tegas Ismail, tanpa motivasi, seseorang individu mungkin hidup dalam keadaan tanpa pedoman sekali gus menjadikan mereka kurang pengetahuan untuk merancang kehidupan dan mundur dalam segala aspek.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.