saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 04/02/2010

'Kerakyatan bukan bumiputera tidak boleh dipersoal'

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, kerakyatan bukan bumiputera di negara ini tidak boleh dipersoalkan kerana ia telah termaktub di dalam Perlembagaan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Perlembagaan memperuntukkan bahawa bumiputera adalah penduduk asal di negara ini tetapi bukan bumiputera mempunyai hak kerakyatan.

''Soal kerakyatan tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa. Kita tidak boleh secara sembarangan membuang negeri seseorang rakyat memandangkan Perlembagaan memberi peruntukan kerakyatan seseorang tidak boleh ditarik balik kecuali dibuat secara sukarela," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Bangunan Yayasan Hepar Malaysia di Taipan 2, Ara Damansara dekat sini hari ini.

Bangunan tiga tingkat yang disumbangkan oleh Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim menempatkan ibu pejabat yayasan, makmal ujian dan penyelidikan serta pusat penerangan.

Dr. Mahathir mengulas kenyataan berunsur perkauman yang didakwa dibuat oleh Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar pada seminar 1Malaysia di Melaka, semalam.

''Kita tidak harus membuat kenyataan itu kerana kaum India dan Cina telah berada lama di negara ini, kebanyakannya adalah generasi kedua serta ke atas, mereka bukan baru datang ke Malaysia," katanya.

Tegas Dr. Mahathir, rakyat Malaysia akan kekal sebagai warganegara sehinggalah mereka mengisytiharkan menjadi rakyat negara lain.

''Di sesetengah negara lain, kerajaan boleh menarik balik atau membuang negeri rakyat mereka, hantar ke sebuah pulau tetapi di Malaysia, perkara itu tidak boleh dilakukan.

''Apabila telah menjadi rakyat, mereka akan terus menjadi rakyat negara ini sehinggalah seseorang itu mengisytiharkan tidak lagi menjadi warganegara Malaysia," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.