saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 04/02/2010

Polis buka kertas siasatan

PUTRAJAYA 3 Feb. - Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung laporan terhadap pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman pada seminar 1Malaysia di Melaka kelmarin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengesahkan perkara itu berkata, polis akan menyiasat semua laporan yang dibuat terhadap Nasir.

''Kita perlu membuat penelitian dan ini menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersikap serius.

''Saya tahu, Nasir mengenali Perdana Menteri sejak 30 tahun lalu, jadi tidak ada melibatkan agenda peribadi atau soal pertalian darah sebaliknya dilihat dari segi kepentingan negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pascaKabinet bagi kementeriannya di sini hari ini.

Setakat ini, sebanyak 12 laporan polis telah dibuat ke atas Nasir berhubung kenyataan beliau itu.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan malam tadi berkata, Nasir akan meletakkan jawatan ekoran kenyataannya itu kerana ''dalam keadaan apa cara sekalipun tidak mencerminkan pandangan Perdana Menteri."

Kenyataan itu menyebut;''Datuk Nasir tidak ada niat untuk mengeluarkan sebarang kenyataan menghina. Beliau bercakap secara panjang lebar mengenai sumbangan oleh semua kaum dalam membangunkan negara.

''Oleh yang demikian, Nasir memohon maaf jika kenyataannya itu telah menyinggung mana-mana pihak."

Menurut Hishammuddin, perkara itu bukan soal perkauman tetapi kemungkinan Nasir terlanjur ketika mengeluarkan kenyataan yang kesannya sangat buruk.

''Ini kalau sekiranya ia digembar gemburkan dan dilihat dari kaca mata yang lain daripada matlamat Perdana Menteri.

''Saya rasa ada hikmahnya untuk menunjukkan keseriusan kepimpinan Perdana Menteri dalam menjayakan agenda negara," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.