saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 04/02/2010

Bekas buruh rayu bantuan rawat kanser hidung

MARAN 3 Feb. - Seorang bekas buruh tidak menyangka bonjol yang disangka bisul di hidungnya sejak lapan bulan lalu, rupa-rupanya penyakit kanser.

Wan Paridulatras Wan Ahmad, 46, dari Felda Jengka 3 di sini pada mulanya menyangka benjol itu ada kaitan dengan penyakit resdung yang dialaminya beberapa tahun lalu.

Akibat kelalaiannya mengesan lebih awal, kanser hidung yang dihidapinya kini telah mencapai tahap serius dan memerlukan rawatan segera bagi memastikan penyakit itu tidak merebak ke anggota lain.

Wan Paridulatras ketika ditemui berkata, selama ini dia hanya mendapatkan rawatan di klinik kerajaan dan swasta merawat resdung yang dialaminya.

''Namun benjol itu semakin membesar hingga merebak ke bahagian mata lalu saya mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan kerana keadaan semakin serius.

''Pihak hospital mengesahkan saya menghidap penyakit kanser yang serius tahap empat yang melibatkan bahagian hidung kiri, mata kiri, sebahagian otak dan semakin menghampiri ke mata kanan,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Felda Dahlia Jengka 3 hari ini.

Menurut Wan Paridulatras, pada awalnya, doktor mencadangkan satu pembedahan yang melibatkan sebahagian besar muka sebelah kiri dibuang bagi mengelakkan komplikasi lebih serius.

Bagi tujuan itu, katanya, pihak hospital akan menggunakan khidmat pakar bedah plastik dari Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Bagaimanapun, katanya, pembedahan tersebut tidak dapat dilakukan kerana penyakitnya kini berada pada tahap kritikal.

"Saya pasrah dengan dugaan Allah ini walaupun sangat perit untuk menerima kenyataan bahawa penyakit ini boleh membawa maut,'' katanya.

Sementara itu, isterinya, Arbiah A. Rani berkata, ketika ini, suaminya perlu menjalani rawatan kimoterapi sebanyak sekali dalam sebulan bermula September lalu di HUSM, Kubang Kerian.

Rawatan itu, jelasnya, disusuli dengan radioterapi yang segala kos perjalanan dan rawatan ditanggung sendiri.

Sejak suami disahkan menghidap kanser, ujarnya, ia menjejaskan kehidupan mereka kerana selama ini, Wan Paridulatras yang bekerja menanggung keluarga termasuk enam anak yang masih kecil dan bersekolah

"Sejak dia sakit, kami hilang sumber pendapatan dan hanya bergantung kepada pertolongan insan lain termasuk adik-beradik dan masyarakat,'' katanya.

Sebelum ini, Arbiah berkata, suaminya bekerja sebagai buruh kontrak pembalakan tetapi terpaksa berhenti selepas disahkan menghidap kanser lapan bulan lalu.

"Kami bersama enam anak terpaksa menumpang di rumah ibu yang merupakan seorang peneroka Felda Dahlia Jengka 3 sejak lapan bulan lalu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.