saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 05/02/2010

Saiful tak buang air besar dua hari selepas didakwa diliwat

05/02/2010 3:04pm

KUALA LUMPUR 5 Feb. Mohd. Saiful Bukhari Azlan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini bahawa dia tidak membuang air besar selama dua hari selepas didakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika menyambung keterangannya pada hari ketiga perbicaraan kes terhadap Anwar yang dituduh meliwatnya, Mohd. Saiful berkata, seluar panjang yang dipakainya pada hari kejadian adalah hadiah daripada Anwar.

Mohd. Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu lalu di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd. Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pada prosiding yang bermula 9.51 pagi tadi, Mohd. Saiful Bukhari juga memberi keterangan terhadap sampel-sampel yang diambil dari badannya selain baju dan seluar dalamnya juga dijadikan barang bukti.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan, kemudian memberitahu mahkamah bahawa pemeriksaan utama terhadap Mohd. Saiful Bukhari sudah selesai.

Beliau juga berkata, semua pihak akan sekali lagi mengunjungi tempat kejadian liwat itu di Kondominium Desa Damansara hari ini berikutan permohonan daripada pasukan pembelaan Anwar.

Prosiding itu kemudian ditangguhkan pada 11.15 pagi. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.