saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 05/02/2010

Cecair pelincir, seluar dalam jadi barang bukti

05/02/2010 3:31pm

KUALA LUMPUR 5 Feb. - Cecair pelincir, KY Jelly dan dua helai seluar dalam jenama Levi's milik Mohd. Saiful Bukhari Azlan adalah antara barang-barang bukti yang dikemukakan pada perbicaraan hari ketiga kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini.

Turut ditunjukkan sebagai bahan bukti ialah sehelai seluar panjang warna hitam dan dua helai baju kemeja lengan panjang warna biru dan hijau milik Mohd. Saiful Bukhari.

Dalam keterangannya, Mohd. Saiful Bukhari memberitahu, seluar panjang ‘slack’ hitam yang dipakai semasa hari kejadian itu merupakan hadiah yang diberikan oleh Ketua Pembangkang tersebut kepadanya.

Di samping itu, saksi pendakwa pertama tersebut turut menyatakan, dia berminat bekerja dengan Anwar kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang berkarisma dan menjadi idolanya semasa kecil.

Mengenai peletakan jawatan sebagai pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari berkata, selang beberapa jam selepas menghantar emel bagi tujuan tersebut, Anwar telah menelefon dan

memarahinya serta memintanya menemui beliau pada sebelah petangnya.

Dalam pertemuan itu, dia memberikan dua sebab mengapa dia meletakkan jawatan seperti yang dinyatakan sebelum ini.

“Namun asas sebenar untuk saya berhenti, saya tidak rela diperlakukan sedemikian lagi,” katanya.

Anwar juga, katanya, merasa kesal dan sedih serta seperti biasa memujuknya agar tidak meletak jawatan di samping suruh saya lebih berdisiplin.

“Dalam pada itu, beliau buat counter-offer (tawaran balas) di mana beliau ingin sponsor (taja) pelajaran saya tidak kira di mana dan saya boleh buat fulltime study (belajar sepenuh masa) dan dalam masa yang sama dapat gaji penuh serta elaun,” katanya.

Selepas Mohd. Saiful Bukhari selesai memberi keterangan, prosiding ditangguhkan bagi membolehkan semua pihak terlibat melawat semula pejabat pengurusan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara. – Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.