saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 06/02/2010

Eropah pula jual helikopter kepada tentera Taiwan

TAIPEI 5 Feb. - Taiwan hari ini menyatakan pasukan tentera udaranya akan menerima tiga buah helikopter penyelamat dari rakan syarikat kepada Airbus, Eurocopter, perkembangan terbaru yang dikhuatiri pemerhati memarakkan lagi api kemarahan China berhubung penjualan senjata

Helikopter jarak jauh EC225 berharga AS$110 juta (RM374 juta) itu dijadual tiba di Taiwan penghujung tahun depan dan akan menyertai pasukan penyelamat tentera udara, kata pegawainya, Yin Chih-hsien.

"Helikopter baru itu sesuai untuk semua keadaan cuaca... akan meningkatkan kemampuan tentera udara untuk menjalankan misi menyelamat di laut, darat dan pergunungan sama ada siang atau malam hari," kata tentera udara dalam satu kenyataan.

Pengumuman itu dibuat ketika ketegangan antara China dan Amerika Syarikat (AS) memuncak ekoran tindakan AS memberi pakej ketenteraan bernilai AS$6.4 bilion (RM21.8 bilion) kepada negara pulau ini yang dituntut Beijing sebagai wilayahnya.

Taiwan setakat ini masih tidak terlibat dalam ketegangan ini, ketika Beijing berhasrat mengekalkan hubungan baik dengan Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou, tetapi penganalisis mempersoalkan berapa lama ia akan bertahan.

"Pembelian helikopter itu berisiko menyebabkan hubungan dingin Taiwan-China kerana Beijing mungkin mengesyaki Ma mengamalkan polisi lebih keras dalam dasarnya terhadap tanah besar," kata pakar politik Universiti Soochow di Taipei, Hsu Yung-ming.

Beijing mengancam tindakan keras jika Taiwan yang memerintah pulau itu sejak 1949, secara rasmi mengisytiharkan kemerdekaan, namun hubungan bertambah baik sejak Ma menjadi Presiden pada tahun 2008.

AS adalah pembekal senjata utama Taiwan, walaupun pengiktirafan diplomatik ditukar dari Taipei ke Beijing pada tahun 1979 manakala Eropah tidak banyak memainkan peranan.

Perjanjian pembelian helikopter itu adalah yang kali ketiga melibatkan peralatan ketenteraan dari Eropah. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.