saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 06/02/2010

Surat tunjuk sebab kepada Syed Husin?

KUALA LUMPUR 5 Feb. - Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mencadangkan supaya bekas pemimpin Parti Rakyat Malaysia (PRM) diberi surat tunjuk sebab kenapa mereka tidak membubarkan parti itu seperti sepatutnya.

Bekas pemimpin PRM yang dimaksudkan ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali, Naib Presiden, Sivarasa Rasiah dan Ketua Penerangan, Tian Chua.

Beliau berkata, sepatutnya PRM dibubarkan terlebih dahulu menerusi mesyuarat agung tergempar sebelum bertindak bergabung dengan Parti Keadilan Nasional yang kini dikenali sebagai PKR.

"Beberapa bulan lalu, mahkamah memutuskan PRM masih wujud sebagai sebuah parti politik.

"Bekas pemimpin PRM itu perlu menerangkan kepada PKR mengapa kedudukan itu tidak diberitahu kepada pemimpin Parti Keadilan Nasional ketika hendak bergabung dahulu," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar bagi mengumumkan tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun yang mendakwa beliau antara empat Ahli Parlimen PKR yang akan melompat parti di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Choo Keong berkata, bekas pemimpin PRM terbabit telah melakukan pembohongan apabila tidak mendedahkan kedudukan sebenar PRM yang tidak dibubarkan ketika menyertai Parti Keadilan Nasional pada 2004.

"Jika rakan-rakan lain yang membuat kesilapan telah dikenakan tindakan disiplin mengapa mereka yang terbabit dalam isu ini tidak boleh dikenakan tindakan yang sama," soalnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.