saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 06/02/2010

Sarjan polis mati dilanggar pemandu dipercayai mabuk

06/02/2010 7:02pm

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut dilanggar oleh pemandu yang dipercayai mabuk ketika mengawal keadaan lalu lintas di Jalan Chan Sow Lin di sini ekoran kemalangan yang membabitkan enam buah kereta lain awal pagi tadi.

Harjit Singh, 50, yang bertugas sebagai penyelia kereta peronda polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dilanggar oleh sebuah kereta Hyundai Getz yang dipandu oleh seorang lelaki dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu.

Pemandu kereta itu dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan secara melulu, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman.

Pemandu kereta yang berumur 27 tahun itu cuba melarikan diri, tetapi dia dapat diberkas sejurus selepas kejadian di kawasan berhampiran.

"Pada waktu itu berlaku kemalangan membabitkan enam buah kereta di Jalan Chan Sow Lin,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Jenayah ”Balik Kampung” di Jalan Bukit Bintang di sini hari ini.

Harjit Singh meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

"Harjit patah tulang rusuk. Beliau dijangka dikebumikan Isnin ini kerana menunggu salah seorang anaknya yang belajar di Rusia pulang ke Malaysia,” kata Muhammad Sabtu.

Mendiang meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang berumur antara 13 hingga 24 tahun. – Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.