JENAYAH
ARKIB : 07/02/2010
Kes RPK: Aasil boleh bantu polis
KUALA LUMPUR 6 Feb. - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari hari ini mendedahkan Aasil Kazi Ahmad (gambar), seorang warganegara Amerika Syarikat (AS) berketurunan Pakistan mampu membantu polis mengesan pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin (RPK).
Beliau mendakwa, lelaki terbabit, dipercayai secara berterusan masih berhubung dengan Raja Petra yang kini melarikan diri ke luar negara.
Dakwanya, Aasil juga pernah beberapa kali dilihat di Malaysia dan bertugas dengan sebuah organisasi tempatan sejak tahun 2004.
"Saya difahamkan Aasil dapat memberi keterangan kepada pihak berkuasa tentang misteri Raja Petra dan Aasil juga tahu tentang akhbar Herald-The Catholic Weekly," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Anuar, beliau sedia menyalurkan segala maklumat mengenai Aasil kepada polis bagi mengesan Raja Petra.
Dalam pada itu dakwa Anuar, Raja Petra merupakan seorang individu yang pakar menggunakan kelebihan media serta memanipulasi minda masyarakat untuk mempercayai sesuatu isu tanpa fakta dan asas kukuh.
"Raja Petra dan beberapa rakannya mempunyai 'kepakaran' ini bagi mengheret serta mengelirukan rakyat Malaysia," dakwanya.
Sementara itu, Anuar turut mendakwa, Aasil juga boleh membantu siasatan polis berhubung serangan ke atas beberapa buah gereja dalam negara baru-baru ini kerana individu itu juga merupakan ahli sebuah NGO di AS.
Dakwanya, NGO AS itu merupakan pertubuhan terawal di luar negara yang mengutip derma untuk disampaikan kepada beberapa gereja di negara ini yang diserang ketika isu penggunaan kalimah Allah sedang hangat diperkatakan baru-baru ini.
Dalam perkembangan sama, carian Mingguan Malaysia di Internet mendapati Aasil pernah bertugas dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdasarkan gambar tanda namanya yang tertera logo parti itu dan pernah bergambar dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gambar 2 suspek lempar bom dikesan
Pemandu teksi ada rekod jenayah samun penumpang
Kes bogel: Polis buka kertas siasatan
Bom Bukit Bintang: Polis peroleh imej suspek utama
Polis tahan lima individu
Tiada jaminan keselamatan jika kapal masuk perairan Filipina - Polis
Rekrut 'berjihad' satu ancaman
Militan IS: Lagi sogokan melalui agama
Penjual burger cedera ditembak di kaki
Penjenayah mati ditembak
Suspek lelaki ditahan bantu siasatan kes tembak
Bayi lelaki masih bertali pusat ditemui di surau
Letupan bom tangan: Polis tahan lebih empat individu bantu siasatan
14 termasuk 3 suspek utama ditahan
Petrol, diesel RM1.6j dirampas
Pengawal parah diserang tiga lelaki
4 maut kereta bertembung lori
Motif lelaki ditembak masih disiasat
18,054 individu ditahan dalam Op Cantas Khas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












