saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 08/02/2010

KWSP umum dividen lebih 4.5%?

PUTRAJAYA 7 Feb. - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan dividen bagi tahun 2009 lebih daripada 4.5 peratus, kata Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman.

Menurut beliau, kadar itu adalah berdasarkan keadaan ekonomi dan pasaran sepanjang tahun lalu yang menunjukkan pemulihan lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

''Kadar (dividen) lebih baik ekoran pemulihan ekonomi dan pasaran global yang secara langsung telah meningkatkan nilai pelaburan KWSP.

''KWSP akan mengadakan mesyuarat pada bulan ini bagi menetapkan kadar dividen manakala pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat pada bulan Mac," katanya.

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas menyampaikan hadiah wang tunai yang keseluruhannya berjumlah RM11,800 dan hamper kepada pemenang Pertandingan Memancing Putrajaya 2010 di sini, hari ini.

Seramai 900 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan itu yang diadakan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Samsudin mengulas mengenai kadar dividen yang bakal diumumkan oleh KWSP bagi tahun 2009. Kadar dividen bagi tahun 2008 adalah 4.5 peratus.

Pada hujung tahun lalu, KWSP mengumumkan telah meraih RM5.5 bilion perolehan pelaburan pada suku ketiga, meningkat RM696.32 juta atau 14.51 peratus berbanding RM4.8 bilion yang dikumpul pada suku sebelumnya.

Mengikut perbandingan tahunan, pendapatan pelaburan pada suku ketiga berkembang 52.71 peratus berbanding RM3.6 bilion dalam tempoh suku yang sama tahun sebelumnya.

Ekuiti terus menyumbang dengan ketara terhadap pendapatan pelaburan KWSP, meningkat 34.67 peratus kepada RM2.34 bilion pada suku ketiga berbanding RM1.74 bilion pada suku kedua.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.