saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 08/02/2010

Dataran Keris gempar dengan 'kemalangan'

ALOR GAJAH 7 Feb. - Kira-kira 200 peserta program kesedaran keselamatan jalan raya di Dataran Keris, di sini hari ini, gempar apabila secara tiba-tiba sebuah 'kemalangan' berlaku di depan mata mereka.

Lebih mengejutkan insiden itu turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam yang melancarkan program tersebut selain beberapa kenamaan lain.

'Kemalangan' membabitkan sebuah kereta Proton Iswara dan sebuah motosikal jenis Yamaha LC. Dalam insiden itu, penumpang kereta tersepit sementara penunggang motosikal pula parah.

Namun tidak lama selepas itu, keadaan panik bertukar sebaliknya apabila orang ramai mendapat tahu ia hanyalah gimik pelancaran program berkenaan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri, Norazle Sulaiman berkata, program itu adalah antara salah satu pengisian bagi merealisasikan pelaksanaan Dekad Tindakan Keselamatan Jalan Raya Sedunia 2010-2020.

Menurut beliau, ia adalah satu deklarasi bersama yang telah diputuskan pada Mesyuarat Pertama Keselamatan Jalan Raya peringkat antarabangsa di Moscow, Rusia, November lalu.

"Kita melancarkan Program Road Safety Walk, melibatkan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan bagi mempromosikan program-program keselamatan jalan raya kepada orang ramai.

"Dengan penglibatan semua pihak ini, ia akan membentuk hubungan kerjasama pintar untuk menjayakan seruan peringkat antarabangsa," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, program itu juga dapat meningkatkan kerjasama dan koordinasi di peringkat jabatan, agensi swasta dan masyarakat melalui konsep program kemasyarakatan.

Sementara itu, salah seorang peserta program tersebut, Farah Suzana Zainuddin, 25, berkata, program tersebut berjaya menyampaikan mesej kepada dirinya agar sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati ketika di jalan raya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.