saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 08/02/2010

Tropika bersulam kontemporari


Ruang menghidang yang selalu digunakan oleh pemilik bagi menyediakan juadah untuk tetamu.


Penggunaan sumber alam seperti kayu, jut, batu pasir menjadi intipati hiasan dalaman kediaman pemilik firma arkitek, Seni Design ini.

Unsur tropika bersulamkan kontemporari kelihatan jelas dari luar rumah teres dua tingkat, empat bilik tidur yang menjadi syurga kepada Norseha Abdul Rashid, 42.

Beliau banyak menggunakan kerangka kayu di segenap penjuru rumah bagi mewujudkan gaya tropika. Dari pintu pagar, pintu hadapan, pintu gelongsor, kerangka tingkap, kekisi, palang siling dan pangkin perinciannya banyak bermain dengan kayu cengal.

Menurut Norseha, kediaman yang telah diduduki hampir empat tahun itu berkonsepkan terbuka di mana dari ruang tamu, ruang makan boleh dilihat juga dapur. Ini dibuat bagi memberi pengudaraan yang baik dan sekali gus membuatkan kediamannya sejuk lagi terang.

''Saya tidak suka binaan yang tersekat-sekat. Ini membuatkan rumah panas, udara tidak boleh lalu.

"Selain itu penggunaan jubin yang sesuai juga mempengaruhi kesejukan dan keluasan di dalam rumah. Sebab itulah saya tukar hampir keseluruhan jubin lantai rumah daripada saiz 1x1 kaki kepada 2x2 kaki,'' kata pemegang ijazah senibina dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Menurut ibu kepada dua cahayamata yang berusia lapan dan 17 tahun ini, binaan siling double volume yang dibina menyerong di ruang makan turut mewujudkan kesan luas dan mempunyai perspektif ditambah dengan pencahayaan yang membangkitkan suasana terang.

''Saya sangat teliti dan peka terhadap hiasan dalaman rumah ini. Saya tidak mahu rumah berserabut dengan perabot atau hiasan dinding. Bagi saya yang asas tetapi menarik sudah memadai.

''Di ruang tamu, hanya memperlihatkan susun atur set kerusi sofa anyaman jut, sepasang kerusi bersayap mengapit meja sisi serta sofa panjang, memperlihatkan gabungan perabot kontemporari yang harmoni walaupun pelbagai rekaan.

''Saya banyak bermain dengan warna-warna beige dan diserikan dengan sedikit warna merah bagi mewujudkan suasana ceria. Begitu juga dengan hiasan dinding yang dibuat sendiri dengan menggunakan kertas dinding, boleh memberi nyawa kepada ruang,'' ujar wanita yang telah diberi tanggungjawab dalam mereka hiasan dalaman berpuluh-puluh projek perumahan, klinik dan pejabat.

Di tepi tangga juga turut dihias supaya tidak nampak kosong. Dua kerusi Otoman digabungkan bagi memberi gaya santai dan dihias dengan kusyen-kusyen pelbagai warna.

Bagi menutupi pintu stor yang berada di bawah tangga, arkitek muda ini meletakkan pemisah kayu bercorak daun.

Tambah Norseha, di ruang makan hanya diletakkan meja makan kaca enam kerusi daripada kayu dan besi tempawan serta dihiasi jambangan bunga sundal malam dan lily memberi gaya ringkas tetapi bergaya.

Sesuatu yang menarik di ruang ini ialah sepasang meja dua beradik yang dahulunya hanya bingkai gambar bercorak sekumpulan gajah sedang mandi di air terjun yang dimiliki oleh abangnya.

Atas kreativiti Norseha, beliau telah mengupah tukang kayu untuk menjadikan bingkai itu sebagai meja dua beradik yang unik dan menarik.

Ruang di sebelah ruang makan tidak dibiarkan kosong sebaliknya diisi dengan kabinet dan sinki bercorak moden. Di sinilah selalu kerja-kerja menghidang dilakukan.

''Saya suka menjamu tetamu. Jadi di sinilah tempatnya bagi meletakkan juadah-juadah sebelum dihidang ke meja makan,'' katanya.

Beralih ke dapur yang memanjang ke belakang menempatkan meja makan bulat empat kerusi yang ringkas berserta barisan kabinet daripada kayu ABS melamin.

''Inilah dapur kering dan basah saya. Saya tidak suka banyak dapur. Dengan hanya satu dapur boleh mendisiplinkan dari segi kebersihan. Setiap kali memasak, saya pastikan ia akan bersih dan kemas seperti sebelum memasak,'' ujarnya yang sentiasa memastikan pelanggan gembira dengan kreativiti dalam mereka hias projek yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Rasa nyaman dan pengaliran angin memang terasa apabila berada di dapur. Ini kerana binaan di bahagian anjung dapur yang berkonsepkan terbuka dengan menggunakan kekisi kayu cengal dan pembinaan taman dalaman yang dilengkapi dengan air pancuran berdinding batu loh.

Ia juga dianggap sebagai alat penghawa dingin kerana memberi pengudaraan segar selain memberi rasa nyaman dengan unsur visual dan bunyi.

Kehadiran unsur air cucuran pula tidak sekadar melengkapkan pengolahan ciri semula jadi, bahkan membantu melahirkan suasana tenteram, nyaman, menyejuk dan menyegarkan.

Menggunakan bumbung polikarbonat yang tidak panas , pangkin kayu cengal sdan lubang angin serta batu pasir hiasan benar-benar memberi suasana unik di bahagian anjung ini.

Ruang keluarga di tingkat atas bergaya ringkas dengan hanya dilengkapi kabinet alat pandang dengar. Tetapi yang menariknya ialah penggunaan teknik bagi memberi kesan pengudaraan yang lebih selesa.

Oleh kerana siling di sini tinggi, pemilik rumah telah membina siling tiruan yang lebih rendah bagi membolehkan kipas siling diletakkan serta diapit dengan palang kayu cengal bagi memberi kesan estetika. Ini membuatkan pengudaraan kipas angin lebih selesa.

Landskap halaman ringkas dan kemas. Sebuah pangkin dibina menyerong bagi pemilik bersantai sambil minum petang dan membaca.

Sesuatu yang menarik ialah payung hiasan dari Indonesia menjadi hiasan tambahan di samping sebuah guri dan kerusi satu dudukan.

Di sinilah menjadi pilihan kebanyakan tetamu untuk duduk bersembang kerana berangin dan boleh menikmati suasana luaran rumah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.