saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 10/02/2010

Kempen pilihan raya Filipina bermula

MANILA 9 Feb. - Kempen pilihan raya Filipina bermula hari ini dengan memaparkan pelbagai watak yang ingin merebut kuasa, antaranya peninju terbaik di dunia, Manny Pacquiao dan balu mendiang bekas Presiden Ferdinand Marcos, Imelda.

Demokrasi Filipina yang berwarna-warni akan menyaksikan lebih 50 juta pengundi memilih seorang Presiden, seorang Naib Presiden, hampir 300 anggota Kongres dan lebih 17,600 pegawai kerajaan tempatan dalam pilihan raya umum 10 Mei ini, tetapi pemerhati memberi amaran perubahan yang dijanjikan oleh calon dijangka hanya tinggal janji.

"Saya tidak fikir akan berlaku perubahan pada segala keanehan yang mencorakkan Filipina," kata Pengarah Urusan kumpulan Political and Economic Risk Consultancy di Hong Kong, Robert Broadfoot.

Permulaan rasmi musim pilihan raya pada hari ini membolehkan calon Presiden mengadakan rapat umum dan meraih undi secara langsung daripada rakyat, sementara batas perbelanjaan iklan juga mula berkuat kuasa.

Antara calon pilihan untuk merebut jawatan Presiden ialah Benigno 'Noynoy' Aquino yang menyaksikan popularitinya melonjak tahun lepas kerana faktor simpati berikutan kematian ibunya, wira demokrasi yang juga bekas Presiden, Corazon Aquino.

Namun Aquino yang sebelum ini jauh meninggalkan para pesaingnya mengikut tinjauan pendapat umum ditentang hebat oleh jutawan hartanah, Manny Villar yang memperoleh hampir 40 peratus sokongan setelah berbelanja besar untuk membeli iklan kempen.

Menghangatkan lagi pilihan raya Presiden ialah percubaan bekas Presiden, Joseph Estrada untuk bangkit semula dalam kancah politik selepas disingkirkan pada pertengahan penggal pertamanya pada 2001 dan kemudian didapati bersalah kerana rasuah.

Pilihan perikatan pemerintah untuk menggantikan Presiden Gloria Macapagal Arroyo ialah bekas Menteri Pertahanan, Gilberto Teodoro yang berada di tangga keempat dengan hanya lima peratus sokongan menurut tinjauan terbaru.

Bagi pemerhati antarabangsa, calon yang menjadi tumpuan ialah Pacquiao, juara tinju dunia sebanyak tujuh kali, yang bertanding untuk merebut kerusi dewan rendah Kongres, Dewan Perwakilan.

Turut bertanding ialah Imelda Marcos, 80, yang dilihat hampir pasti untuk memenangi kerusi Dewan Perwakilan di wilayah Illocos Norte, utara negara ini, yang dikosongkan oleh anak lelakinya, Ferdinand Marcos Jr. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.