saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 10/02/2010

Kembalikan ‘Kuasa 60 peratus’ dan kisah projek mega di Jelatek

(I)
KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan terhadap kedudukan Kerajaan Perak semalam sepatutnya diiringi dengan sujud syukur oleh rakyat negeri itu. Jika ia memihak kepada DAP-Pas mungkin senarionya akan berbeza.

Seharusnya keputusan itu menyedarkan semua orang politik, terutamanya yang mendokong kerajaan itu dan negara ini supaya jangan mengabaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan rakyat kepada mereka.

Sifat-sifat itu harus dijadikan cagaran oleh setiap pemimpin supaya tidak alpa dan gelojoh apabila kuasa berada di bahu mereka. Jika masih tidak sedar lagi jangan harap cagaran itu akan dapat ditebus kembali.

Rakyat sekarang bukan seperti dulu. Mereka kini sudah bijak. Jangan sekali-kali mencabar kebijaksanaan mereka, walaupun ia cabaran remeh. Walaupun mereka orang kampung, kurang berpendidikan, golongan muda-mudi - semuanya mempunyai naluri yang dapat melihat tingkah-laku yang dilakukan oleh para pemimpin mereka.

Dua tahun lagi sebelum PRU-13 adalah satu jangka masa yang amat getir bagi semua orang politik. Tragedi Mac 2008 yang dialami oleh BN sudah cukup menyedarkan mereka bahawa masa untuk mereka berselesa dan bermewah-mewah sudah tiada lagi. Ini adalah masanya untuk membuktikan sekali lagi kepada rakyat bahawa mereka sudah berubah, sudah serik dan akan menjadi hamba kepada rakyat.

Sebaliknya, pihak pembangkang - pakatan rapuh, yang diakui sendiri oleh ahli Parlimennya, Zulkifli Noordin (PKR-Kulim Bandar Baharu) dalam wawancara bersama Ahmad A. Talib di TV3 malam kelmarin, hanya tunggu masa untuk runtuh.

Ternyata pakatan itu gagal dibentuk dengan sempurna, akui beliau. DAP melakukan satu tingkah laku yang sama sekali tidak boleh diterima oleh orang Melayu Islam, yang menurut Zulkifli ‘‘menguasai 60 peratus daripada suara dalam Dewan Rakyat.”

DAP yang menurut Zulkifli bersikap cauvinis dan perkauman ternyata gelojoh. DAP yang berjaya memerintah Pulau Pinang, sebuah negeri yang amat diidam-idamkan itu ternyata gagal dalam pentadbirannya. Begitu juga di Perak, negeri yang dimenanginya dalam PRU-12 dulu gagal dipegang erat gara-gara sikap gelojoh mereka.

Ternyata pakatan pembangkang tiada mempunyai pengalaman yang cukup. Melihatkan kepada situasi kalut yang ditunjukkan oleh pakatan pembangkang, bukan masa lagi bagi mereka untuk memerintah Malaysia.

Selangor negeri termakmur dalam Malaysia yang dibangunkan oleh kerajaan BN sehinggalah ia jatuh dua tahun lalu juga perlu diambil semula. Dalam dua tahun kerajaan negeri itu memerintah ia tidak berupaya melakukan apa-apa.

Tiada hasil yang dibawa masuk ke negeri itu, kecualilah hasil mahsul yang diwujudkan oleh kerajaan dan menteri-menteri besar yang terdahulu.

Begitu juga dengan Kedah dan Kelantan. Kedua-duanya juga perlu kembali kepada arus perdana. Kelantan, misalnya yang sudah 20 tahun berada di bawah kerajaan yang tidak sehaluan dengan Pusat harus dikembalikan. Kegelisahan rakyat negeri itu yang merungut tiada apa-apa yang berlaku di negeri itu, kecualilah menunggu ‘wang ihsan royalti’ jatuh ke riba adalah sesuatu yang amat menyedihkan.

Dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia, kerajaan negeri dan kerajaan Pusat harus mempunyai aliran pemikiran dan pendekatan yang sama.

Seperti kata Zulkifli lagi dalam wawancara itu, penyatuan semula politik UMNO dan Pas adalah sangat-sangat perlu dalam konteks sekarang. Kuasa 60 peratus yang berada dalam tangan mereka harus dikembalikan bagi menstabilkan semula negara ini.

Malaysia, selama ini menikmati kestabilan, kesejahteraan dan kemakmuran - melebihi negara-negara lain di dunia ini, adalah hasil daripada sistem tersebut, yang diakui dan dihormati oleh semua warganya.

Kuasa 60 peratus padu dan solid itu harus dikembalikan semula. Wahai orang UMNO, Pas dan Melayu - renungkanlah.

(II)

Al-KISAH di sebuah negeri bernama Selangor semalam dilancarkan satu projek besar, mega dan raksasa di Jalan Jelatek, dekat Keramat. Nilai projek kira-kira RM1.2 bilion.

Ia akan dimajukan oleh anak syarikat kerajaan itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang selama ini memang berjaya melaksanakan projek-projek perumahan rakyat di bawah kerajaan terdahulu.

Tapak kawasan projek mega itu kini dihuni oleh penduduk miskin di empat buah blok flat kos rendah. Dengar khabarnya flat itu akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek itu.

Dengar kata juga penduduk di situ akan dibayar pampasan. Jumlah pampasan akan diumum bulan depan. Tidak pasti ke mana pula mereka akan tinggal selepas ini. Jika pampasannya besar mungkin pandai-pandai merekalah ke mana mereka hendak tinggal.

Tidak pasti apakah projek yang dikenali sebagai Datum Jelatek itu untuk rakyat termiskin atau untuk orang kaya? Selangorkan negeri berkebajikan, takkan rakyat miskin diabaikan? Khabarnya ia adalah projek pembangunan moden siap dengan bangunan 45 tingkat.

Tapi seorang sahabat yang aktif dalam Pas Selangor berbisik, ‘‘ia untuk orang kaya. Projek itu bertaraf ‘high-end’ atau mewah’'.

Harap-harap biarlah projek itu untuk orang miskin yang susah. Dari segi geopolitik, itu kawasan majoriti Melayu. Jika terlalu mewah dan mahal susahlah orang Melayu nak beli.

Projek itu dilancarkan mungkin atas hasil ilham penasihat ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim - yang ‘terdesak’ kerana setelah memegang jawatan itu belum ada apa-apa yang menyerlah dilakukannya.

Untuk rekod, kawasan itu terletak di bawah Parlimen Azmin Ali, bekas pegawai Anwar dalam kerajaan BN dulu dan orang yang paling Anwar percaya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.