saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 11/02/2010

Masjid, sekolah baru di Taman Kota Masai

JOHOR BAHRU 10 Feb. - Sebuah masjid dan sekolah rendah baru akan dibina di Taman Kota Masai bagi menampung keperluan penduduk di kawasan tersebut yang berjumlah lebih 50,000 orang.

Pembinaan masjid dan sekolah tersebut telah diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat kawasan itu baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang berkata, masjid yang menelan belanja RM4.5 juta itu akan dibina dalam tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

"Pembinaan masjid baru itu bakal menggantikan masjid sedia ada di Jalan Nanas yang sudah usang dan terlalu sesak dengan jemaah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Maulizan yang juga Ketua UMNO Bahagian Tebrau berkata, masjid sedia ada asalnya adalah sebuah surau yang hanya boleh menampung 100 jemaah lalu diperbesarkan bagi memuatkan hampir 1,000 jemaah.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram berkata, masjid yang baru itu nanti dijangka boleh menampung kira-kira 2,000 jemaah bagi memberi keselesaan kepada mereka terutamanya untuk menunaikan solat Jumaat.

"Saya mewakili penduduk mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri kerana meluluskan peruntukan tersebut dan berharap masyarakat dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan kerajaan dengan sebaik mungkin," katanya.

Mengenai pembinaan sekolah baru pula, beliau berkata, ia adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai 3 bagi menampung kesesakan murid di SK Kota Masai 1 dan SK Kota Masai 2.

Beliau berkata, pembinaan tersebut akan dimasukkan dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) tidak lama lagi.

Menurutnya, SK Kota Masai 1 kini terpaksa menempatkan kira-kira 3,000 murid iaitu jumlah di luar kemampuannya.

"SK Kota Masai 2 juga menghadapi masalah kesesakan murid iaitu kira-kira 2,300 murid dan pada tahun depan dan seterusnya jumlah ini dijangka terus meningkat," katanya.

Maulizan berkata, pembangunan tersebut menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin terhadap masalah penduduk di kawasan itu yang mempunyai kira-kira 9,000 unit rumah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.