saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 11/02/2010

Jurulatih menembak dihadap ke mahkamah atas tuduhan bunuh

11/02/2010 2:43pm

KUALA TERENGGANU 11 Feb. Seorang jurulatih menembak Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki dalam satu kejadian 1 Februari lepas.

Zamil Ahmad Murat, 49, dituduh membunuh Syed Haikar Iskandar Syed Mahdzar, 34, antara jam 4 hingga 4.30 petang berhampiran kawasan semak belakang rumah Lot 19347, Gong Badak, Belakang Depoh Syarikat Air Terengganu (SATU).

Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Mahkamah menetapkan 12 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

Dalam kejadian pada 1 Februari lepas, seorang lelaki ditembak mati oleh jurulatih menembak MSN itu ketika cuba memecah masuk ke rumahnya melalui pintu belakang.

Jurulatih terbabit yang ketika itu berada di pusat latihan menembak pulang ke rumahnya setelah dihubungi isterinya yang memaklumkan ternampak kelibat lelaki cuba memecah masuk ke rumah mereka. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.