saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 11/02/2010

Biji bangkong menyelerakan


Jurhisam Abd. Wahab menunjukkan buah bangkong yang rupanya seakan cempedak di Hutan Simpanan Pengau, Hulu Tembeling, Jerantut, baru-baru ini.


JERANTUT 10 Feb. – Pahang sememangnya kaya dengan alam semula jadi terutama hutan hujan khatulistiwa yang berusia jutaan tahun.

Pasti di dalamnya terkumpul pelbagai khazanah alam yang cukup berharga.

Beberapa kawasan hutan hujan popular yang kaya dengan flora dan faunanya ialah Taman Negara di Kuala Tahan dan Hutan Simpan Pengau, Hulu Tembeling yang terletak dalam daerah ini.

Selain kekayaan flora dan fauna, hutan-hutan ini begitu kaya dengan kepelbagaian jenis buahbuahan yang tidak dapat ditemui di tempat lain.

Kedua-dua hutan ini diibaratkan sebagai sebuah kawasan dusun gergasi yang di dalamnya tertanam pelbagai jenis buahbuahan yang tumbuh secara liar.

Berbanding buah-buahan komersial yang boleh dimakan isinya, kebanyakan buah-buahan hutan pula hanya boleh dimakan pada bahagian bijinya.

Ini kerana, bahagian lain pada buah hutan itu berasa pahit, kelat dan sesetengahnya ‘memabukkan.’

Apa yang pasti, buah hutan hanya sesuai dimakan oleh binatang liar yang menjadi sebahagian habitat dan ekosistem hutan berkenaan.

Salah satu spesies tumbuhan hutan yang agak menarik untuk dijadikan kajian dan kurang dikenali manusia ialah buah bangkong.

Pokok buah bangkong banyak didapati tumbuh secara liar di hutan tebal Taman Negara, Kuala Tahan dan Hutan Simpan Pengau, Hulu Tembeling.

Buah bangkong berbentuk seakan-akan cempedak yang berasal daripada keluarga ‘Moraceae.’

Seorang penduduk Kampung Pengau, Hulu Tembeling, Jurhisam Abd. Wahab, 36, memberitahu, buah bangkong memang sinonim dengan penduduk pedalaman terutama ketika musim tengkujuh jika bekalan makanan terputus.

‘‘Bezanya, jika isi dan biji cempedak boleh dibuat kuih, bahagian buah bangkong hanya boleh dimakan pada bahagian bijinya sahaja.

‘‘Buah ini tidak mempunyai isi seperti cempedak malah mempunyai selaput yang banyak menutupi bijinya,” katanya ketika ditemui di Hutan Pengau baru-baru ini.

Bapa kepada dua anak itu memberitahu, apabila tiba musim tengkujuh dia akan masuk ke hutan mencari pokok bangkong untuk mengambil bijinya.

‘‘Pokok buah bangkong boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter.

‘‘Cara mengambil biji bangkong ialah dengan mengetuk pada buahnya dengan kayu supaya bijinya pecah dan terhambur keluar.

‘‘Biji-bijinya saya kutip lalu dibasuh untuk menghilangkan getahnya. Jika getah yang melekat pada biji gagal dihilangkan dengan sempurna, ia dikhuatiri boleh memabukkan jika dimakan,” katanya.

Jurhisam menjelaskan, biji bangkong direbus sehingga masak dan empuk sebelum dihidangkan.

‘‘Ia amat sesuai untuk dimakan bersama keluarga dan jiran ketika bersantai lebih-lebih lagi pada musim banjir,” jelasnya.

Seorang warga emas Kampung Pengau, A. Karim Telut, 84, berkata, biji buah bangkong yang direbus sehingga empuk memang cukup menyelerakan apabila dihidangkan bersama kopi panas.

‘‘Jika musim menuai padi huma, biji buah bangkong menjadi makanan penduduk di sini selepas penat bekerja.

‘‘Lagi pun, biji ini boleh dicampur dengan ikan air tawar Sungai Tembeling untuk dijadikan masak asam pedas tempoyak,” katanya.

Pada era pendudukan Jepun dahulu, kata A. Karim, biji bangkong menjadi sebahagian makanan penduduk Hulu Tembeling yang lari bersembunyi di hutan bagi menghindarkan gangguan tentera dari negara Matahari Terbit itu.

Bagaimanapun, tambahnya, generasi hari ini mungkin tidak mengenali lagi buah bangkong jika bertemu di dalam hutan.

Lebih malang lagi, katanya, pokok buah bangkong semakin pupus akibat penebangan hutan bagi tujuan pembangunan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.