saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/02/2010

Bimbang kes barah payu dara

KOTA BHARU 11 Feb. - Kes barah payu dara yang melibatkan wanita Kelantan amat membimbangkan, berikutan mangsa lambat mendapat rawatan dan pengesanan lebih awal, kata Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Dr. Zaidun Kamari.

Katanya, kajian laporan penyakit barah payu dara dari 1999 hingga 2002, terdapat 370 kes dilaporkan berlaku di Kelantan dan 167 adalah dari jajahan Kota Bharu dan satu pertiga daripada mereka yang dirawat di peringkat akhir atau terlambat.

"Keadaan ini amat membimbangkan kerana kes-kes yang datang untuk mendapat rawatan di hospital berada pada tahap 4 iaitu sudah terlewat untuk dirawat," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Pusat Sumber Kanser Payu Dara HUSM, Kubang Kerian, dekat sini, petang ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed, Pengerusi Avon Kosmetik Malaysia Berhad (AVON) Malaysia, Thailand dan Vietnam, Wan Mansor Wan Abdullah dan Ketua Jabatan Radiologi HUSM, Dr. Mohd. Shafie Abdullah.

Dr. Zaidun berkata, kelewatan wanita mendapat rawatan penyakit barah payu dara di hospital adalah disebabkan sikap mereka sendiri yang kurang mendapat maklumat sebenar mengenai penting mencegah penyakit itu di peringkat awal lagi.

"Kadang-kadang mereka mendapat maklumat daripada mereka yang kurang arif mengenai penyakit itu serta takut dan malu kepada masyarakat umum," kata Dr. Zaidun.

Katanya, matlamat kerajaan untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran di kalangan mereka apabila HUSM menyediakan Pusat Sumber Kanser Payu Dara pertama di Pantai Timur hasil kerjasama syarikat Avon, yang menyediakan peralatan rawatan dan pengesanan di pusat itu.

Sementara itu, Dr. Mafauzy dalam ucapannya berkata, syarikat Avon menyumbangkan sebanyak AS$100,000 kepada HUSM bagi menyediakan segala kemudahan di pusat sumber itu. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.