saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/02/2010

Demam denggi catat peningkatan

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Kes demam denggi masih mencatatkan peningkatan apabila sebanyak 1,103 kes dilaporkan minggu lalu berbanding 1,101 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, bagaimanapun tiada kematian dicatatkan akibat penyakit berkenaan.

Menurutnya, negeri-negeri yang mencatatkan peningkatan kes adalah Terengganu, Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang dan Perak.

''Jumlah terkumpul yang dilaporkan setakat ini adalah 5,234 kes dengan 14 kematian berbanding 6,766 kes dengan 17 kematian bagi tempoh yang sama tahun lalu,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, sejak 31 Januari hingga 6 Februari lalu, sejumlah 81,881 premis telah diperiksa dan 1,173 daripadanya didapati positif sebagai tempat pembiakan nyamuk aedes.

''Negeri yang menunjukkan peningkatan kadar pembiakan adalah Perak iaitu sebanyak 53 peratus, Sarawak (44 peratus), Pulau Pinang (22 peratus) dan Pahang (16 peratus).

''Sebanyak 75 peratus bekas yang positif sebagai tempat pembiakan nyamuk didapati di luar premis iaitu baldi (23 peratus), pasu bunga (19 peratus), bekas plastik (11 peratus), tayar (enam peratus), cawan plastik (enam peratus), tong (lima peratus) dan atas lantai (tiga peratus),'' katanya.

Menurutnya, tempat pembiakan yang ditemui di dalam rumah adalah di kolam mandi (lapan peratus), basin (1 peratus) dan talam peti sejuk (0.6 peratus).

''Ini menunjukkan masyarakat gagal memainkan peranan dalam membendung wabak denggi daripada terus berlaku,'' ujarnya.

Katanya, bagi penyakit Chikungunya, sejumlah 38 kes dilaporkan minggu lalu iaitu menurun 50 peratus berbanding minggu sebelumnya iaitu 76 kes.

''Hampir kesemua iaitu 34 kes dilaporkan di Sarawak, dua kes di Wilayah Persekutuan Labuan manakala Sabah dan Selangor masing-masing mencatatkan satu kes,'' jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.