saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 12/02/2010

Jurulatih MSN dituduh membunuh

KUALA TERENGGANU 11 Feb. Akibat menembak mati seorang lelaki yang cuba memecah masuk rumahnya, seorang jurulatih menembak Majlis Sukan Negeri (MSN) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh.

Zamil Ahmad Murat, 49, dituduh membunuh Syed Haikar Iskandar Syed Mahdzar, 34, berhampiran kawasan semak belakang rumah Lot 19347, Gong Badak, Belakang Depoh Syarikat Air Terengganu (SATU), di sini antara pukul 4 dan 4.30 petang, 1 Februari lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Jazamuddin Ahmad Nawawi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan diambil daripada tertuduh.

Ketika pertuduhan dibacakan, isteri mangsa, Juriah Abd. Manaf, 45, kelihatan sebak sebelum mengalirkan air mata.

Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh menetapkan 12 April ini sebutan semula kes tersebut.

Kejadian itu berlaku setelah tertuduh pulang ke rumah dari pusat latihan menembak apabila dihubungi isterinya yang memaklumkan tentang seorang lelaki yang dilihat cuba memecah masuk rumah mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.