saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 12/02/2010

Isu kalimah Allah: Raja-Raja Melayu ambil maklum pelbagai permintaan


Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika Mesyuarat Ke-220 Majlis Raja-Raja hari kedua di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - BERNAMA


KUALA LUMPUR 11 Feb. - Raja-Raja Melayu dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Ke-220 yang berlangsung semalam dan hari ini, mengambil maklum pelbagai permintaan, surat dan memorandum pelbagai pertubuhan dan individu Islam di negara ini yang menzahirkan rasa dukacita mereka tentang penterjemahan perkataan 'God' kepada Allah.

Menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini hari ini, penterjemahan itu telah banyak menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam.

"Isu ini jika tidak ditangani dengan segera akan menggugat kesucian agama Islam dan berkemungkinan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut, Perkara Tiga Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini dan Perlembagaan Persekutuan juga memberikan kuasa kepada Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam di negeri-negeri di negara ini.

"Raja-Raja Melayu bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan dan kesucian agama Islam sebagai agama rasmi negara tanpa mengetepikan hak dan kebebasan beragama kaum-kaum lain.

"Raja-Raja Melayu memberi jaminan untuk memenuhi tanggungjawab melindungi kesucian dan status agama Islam," kata kenyataan itu.

Raja-Raja Melayu juga berpandangan, sebarang perbuatan yang merosakkan rumah ibadat adalah perbuatan provokatif yang amat membahayakan dan tidak harus dibenarkan sama sekali berlaku.

"Perbuatan-perbuatan khianat yang didorong oleh emosi, wajib dihentikan kerana tidak direstui malah ditegah daripada dilakukan oleh semua agama.

"Perbuatan tersebut adalah perbuatan jenayah yang perlu dibendung secara tegas dan segera," kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan itu, Raja-Raja Melayu turut merakamkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia yang telah bertindak secara profesional bagi mengawal keadaan demi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

"Raja-Raja Melayu amat memahami tugas berat yang terpaksa mereka hadapi dan menyeru agar usaha-usaha pasukan keselamatan mengawal ketenteraman awam hendaklah diberikan sokongan sepenuhnya," kata kenyataan itu.

Raja-Raja Melayu juga mengambil maklum isu penggunaan istilah Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly sedang di peringkat pertimbangan Mahkamah Rayuan, menurut kenyataan itu lagi.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ini yang dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah turut membincangkan perkara-perkara berkaitan agama, pertahanan, keselamatan serta pelantikan hakim-hakim Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. - Bernama

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.