saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 12/02/2010

Jepun-Palestin jalin kerjasama

PERDANA Menteri Jepun, Yukio Hatoyama baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Tokyo ketika pemimpin Palestin berkenaan melawat Jepun dari 7 Februari hingga 10 Februari lalu.

Proses damai Asia Barat dan hubungan persahabatan antara Jepun dan Palestin menjadi topik perbincangan utama pertemuan empat mata kedua-dua pemimpin berkenaan.

Dalam pertemuan yang berlangsung itu, Hatoyama menyatakan kesediaan Jepun untuk membantu Palestin membina ekonominya sendiri dan mengurus tadbir pelbagai institusi.

Ini bertujuan membantu Palestin untuk wujud sebagai sebuah negara satu hari nanti.

Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie berkata, bagi mencapai matlamat tersebut, Jepun dan Palestin setuju untuk bekerjasama dan mewujudkan Koridor Keamanan dan Kemakmuran atau Taman Industri Agro di Jericho, Tebing Barat.

''Dalam pertemuan tersebut Hatoyama turut melahirkan hasrat untuk bekerjasama dengan negara-negara Asia Timur dalam menyumbang kepada keamanan di Asia Barat.

''Pada pandangan Hatoyama, negara-negara Asia Timur boleh meningkatkan peranan mereka sesuai dengan kedudukan ekonomi dan politik masing-masing dalam arena antarabangsa untuk membantu proses damai di Asia Barat," katanya.

Horie berkata demikian dalam satu surat yang dikirimkan kepada Utusan Malaysia baru-baru ini bagi memaklumkan pertemuan antara Hatoyama dan Abbas di Tokyo.

Salinan kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh Hatoyama dan Abbas di Tokyo pada 8 Februari lalu turut dilampirkan dalam surat yang dikirimkan kepada Utusan Malaysia.

Hatoyama dalam kenyataan bersama tersebut meminta supaya Israel menghentikan segala aktiviti pendudukan di bumi Palestin.

Beliau turut menyatakan komitmen Jepun untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk Semenanjung Gaza.

Kenyataan tersebut menambah, dalam pertemuan yang diadakan itu, Hatoyama dan Abbas turut mencapai persetujuan supaya rundingan damai antara Israel dan Palestin yang tertangguh hampir setahun perlu diteruskan.

Rundingan damai Israel-Palestin terhenti sejak akhir 2008 apabila Israel melancarkan serangan selama tiga minggu ke atas Genting Gaza.

Serangan tersebut mengorbankan 1,400 penduduk Palestin dan 13 rakyat Israel.

Laporan sebelum ini menyebut, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak menyifatkan ketiadaan perjanjian damai dengan Palestin sebagai ancaman yang lebih besar terhadap masa depan negara Yahudi itu daripada sebarang 'bom Iran.'

Kenyataan bersama Hatoyama dan Abbas menambah, Jepun dan Palestin turut mencapai persetujuan untuk melaksanakan beberapa langkah di bawah Program Jepun-Palestin Untuk Menjadikan Palestin Sebuah Negara Berdaya Maju.

''Antara langkah-langkah yang dimaksudkan adalah penghantaran sebuah misi khas Jepun ke Palestin untuk mengkaji keperluan dan bantuan yang Palestin perlukan dari Jepun dalam bidang institusi dan pembangunan kapasiti.

''Langkah lain adalah mengadakan perbincangan dengan Israel dan Jordan pada bulan depan untuk membangunkan Jericho dan kawasan lembah di Jordan sebagai kawasan pelancongan,'' kata kenyataan itu.

Selain daripada itu, kenyataan itu turut menyebut mengenai Organisasi Dagangan Luar Jepun (Jetro) dan wakil dari Palestin akan meningkatkan usaha untuk mempromosi perdagangan dan pelaburan di wilayah Palestin.

Dalam kenyataan media yang sama, Hatoyama dan Abbas turut menyuarakan bantahan ke atas penggunaan senjata nuklear serta menyatakan komitmen untuk meningkatkan hubungan persahabatan antara Jepun dan Palestin.

Hubungan antara Jepun dan Palestin bukanlah baru. Mengikut laman web Kementerian Luar Jepun, sejak tahun 1993 lagi, Jepun aktif memberikan pelbagai bantuan kepada penduduk Palestin iaitu bantuan kemanusiaan, pembinaan semula, program meningkatkan keyakinan dan pelbagai bantuan supaya Palestin mampu mempunyai ekonomi yang mapan.

Jepun juga merupakan salah sebuah negara penderma paling tinggi kepada Palestin dengan jumlah bantuan yang disalurkan sejak 1993 mencecah AS$1 bilion (RM3.4 bilion).

Lawatan kali ini merupakan lawatan kedua bagi Abbas yang turut dikenali sebagai Abu Mazen sejak beliau menjadi Presiden Palestin pada tahun 2005. Selain Jepun, Abbas turut melawat Korea.

Keprihatinan Jepun kepada Palestin sedikit sebanyak dapat meringankan beban warga Palestin yang hidup dalam keadaan tertindas selama ini.

Masyarakat dunia perlu mencontohi sikap prihatin Jepun yang ingin melihat warga Palestin berdikari seperti penduduk di negara lain serta harapan damai di bumi Asia Barat menjadi kenyataan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.