saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 12/02/2010

Penempatan terawal Mesolitik?


Kedudukan asal rangka manusia dari zaman Mesolitik yang ditemui di Gua Bewah. – Ihsan Muzium terengganu


KUALA TERENGGANU 11 Feb. – Lembaga Muzium negeri tidak menolak kemungkinan penemuan rangka manusia di Gua Bewah, Tasik Kenyir, baru-baru ini menunjukkan negeri itu pernah menjadi tapak penempatan manusia purba terawal Zaman Batu Pertengahan (Mesolitik) di negara ini.

Sekiranya kenyataan tersebut benar ia bakal mengubah fakta sejarah Malaysia sebelum ini yang menyebut Terengganu hanya menjadi salah sebuah negeri yang dihuni manusia Zaman Batu Akhir (Neolitik).

Zaman Batu Pertengahan di Tanah Melayu dan di pulau-pulau di Nusantara ditetapkan masanya oleh ahli antropologi dan pakar sejarah dalam lingkungan masa dari tahun 800 sebelum Tahun Masihi.

Pengarah Muzium Terengganu, Mohd. Yusof Abdullah berkata, penemuan tersebut menunjukkan sudah ada penempatan manusia terawal kerana mempamerkan cara pengebumian manusia pada zaman berkenaan apabila melihat rangka ditemui kelihatan meringkuk iaitu sebagaimana keadaan bayi dalam kandungan.

Katanya, asal usul sekelompok manusia Zaman Batu Pertengahan (Mesolitik) sebenarnya tidak dapat dipastikan dengan jelas kerana kajian secara berterusan akan dilakukan.

‘‘Yang pasti kajian akan dilakukan, sebarang keputusan akan diputuskan kemudian,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Mohd. Yusof mengulas mengenai penemuan beberapa serpihan tulang dipercayai rangka manusia yang dijangka berumur 8,000 hingga 10,000 tahun sewaktu kerja ekskavasi di Gua Bewah, baru-baru ini.

Semasa ditemui rangka berada di dalam posisi yang dipercayai merupakan cara masyarakat zaman tersebut mengebumikan mayat.

Pakar arkeologi dari Institut Tamadun dan Alam Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Prof. Nik Hasan Shuhaimi Nik Abdul Rahman dalam kenyataan sebelum ini berkata, pihaknya percaya rangka tersebut milik manusia berdasarkan ciri-ciri lengkap tulang yang ditemui sama dengan rangka manusia.

Bagaimanapun katanya, jantina dan umur rangka manusia itu masih belum dikenalpasti.

Rangka tersebut ditemui pada kedalaman 75 sentimeter dan ia merupakan penemuan terbesar selepas rangka pertama yang ditemui pada tahun 1975 di Gua Batu Tok Bidan berdekatan gua tersebut.

Kesemua rangka yang hampir lengkap dari kepala hingga kaki itu ditemui dalam keadaan tulang telah patah dan pecah.

Mohd. Yusof berkata, selain penemuan rangka manusia mereka menemui pelbagai artifak dipercayai tanduk kambing, tulang haiwan dan alat batu jenis sumatralith.

Katanya, ketika kerja-kerja penggalian pada suatu petak, mereka tidak menemui sebarang artifak kecuali sedikit arang kesan pembakaran beserta dengan sedikit tulang haiwan bekas sisa makanan.

Sebuah petak baru penemuan baru banyak artifak berupa alat batu yang terdiri daripada batu pengetuk, batu pelandas, sumatralith, pisau batu dan sebagainya.

Sepanjang kerja cari gali itu turut ditemui kesan atau sisa tanah liat yang dibakar.

Selain itu katanya, dalam kerja-kerja cari gali di dalam sebuah petak mereka menemui banyak alat batu, sisa makanan, kesan pembakaran dan sisa tanah liat yang terbakar.

Dalam beberapa penggalian terdapat beberapa serpihan tulang ditemui di samping tembikar tanah zaman Neolitik.

Di antara serpihan tembikar terdapat serpihan tembikar yang tertulis corak seakan-akan tulisan rock painting yang pernah ditemui oleh pengkaji-pengkaji di tapak cari gali zaman Neolitik yang lain di seluruh Malaysia.

Pada kedalaman 65 sentimeter hingga 70 sentimeter ditemui rangka yang dipercayai kepunyaan manusia praSejarah Zaman Hoabinh yang disemadikan dalam keadaan meringkuk.

Namun begitu rangka ini masih dikekalkan pada petak tersebut kerana ia mengambil masa yang panjang untuk tujuan kajian lanjutan.

Sementara itu dalam sebuah lubang lain pula terjumpanya rangka manusia praSejarah yang diletakkan di atas batu yang disusun cantik dalam keadaan membongkok.

Penyelidikan akan diteruskan kerana kemungkinan besar, masih terdapat lagi sebahagian daripada rangka manusia.

Rangka ini kemudiannya ditutup dengan menggunakan papan lapis agar keadaan asalnya tidak dirosakkan oleh manusia ataupun haiwan.

Kerja-kerja cari gali di dalam sebuah petak pula terdapat alat-alat yang dipercayai digunakan dalam melakukan upacara ritual.

Penemuan batu lumpur dan tanah liat yang belum dibakar serta dipercayai digunakan sebagai bedak untuk upacara keagamaan, kematian, kecantikan dan sebagainya.

Sepanjang kerja-kerja penggalian, alat batu pelbagai fungsi dan bentuk ditemui serta tulang, kulit siput, kijeng arang dan abu.

Rangka manusia yang dipercayai milik manusia pra sejarah, ditemui didalam keadaan meringkuk.

Andaian awal yang dapat dikemukakan iaitu pada zaman ini telah ada penciptaan sesuatu berasas kepada tanah liat.

Masih banyak lagi penyelidikan perlu dilakukan pada masa akan datang kerana kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan agar maklumat lebih tepat dapat dikumpul dan didokumentasi serta disebar kepada pelancong-pelancong.

Tarikh sebenar mengenai period kehidupan masyarakat praSejarah di Gua Bewah belum lagi diperoleh.

Oleh yang demikian kerja-kerja lanjutan perlu diteruskan untuk mendapatkan lebih banyak sampel untuk dianalisis sehingga kronologi budaya masyarakat praSejarah di Gua Bewah dapat didedahkan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.