saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 12/02/2010

Kuala Lumpur 'kota buku' - Nong Chik

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Kuala Lumpur seharusnya menjadi sebuah 'kota buku' supaya taraf warganya semakin tinggi dan tergolong bertamadun tinggi.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, penduduk ibu negara seharusnya mencontohi warga kota-kota besar dunia seperti London, Paris, New York dan Tokyo yang menjadikan membaca buku sebagai amalan.

Jelasnya, bandar-bandar besar itu bukan sahaja terkenal dengan kehebatan bangunan-bangunan pencakar langitnya tetapi juga menerusi monumen buku serta tamadun ilmu pengetahuannya.

"Kita mahu Kuala Lumpur menjadi seperti London di mana terdapat ratusan perpustakaan dan muzium yang menyimpan pelbagai buku serta manuskrip.

"Tradisi itu yang cuba kita serap di Kuala Lumpur sekali gus kita mahu bandar raya ini juga terkenal sebagai sebuah kota ilmu yang mempunyai pelbagai jenis kedai buku, muzium dan perpustakaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Karnival Buku Antarabangsa Ke-2 anjuran bersama Yayasan Pembangunan Buku Negara, Koperasi Persatuan Kontraktor Buku Selangor Bhd., dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Tapak Lanai Warisan Seni, Laman Tuanku Abdul Rahman di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara, Sha'ari Abdullah dan Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Kementerian Pelajaran, Abdul Halim Ismail.

Katanya, konsep perdagangan buku remainder iaitu buku lebihan stok setiap tahun seperti di London dilihat bukan hanya membantu menjual buku-buku yang tidak lagi popular tetapi secara tidak langsung membantu menggalakkan pelancongan ilmu.

Tambah Nong Chik, satu langkah drastik perlu diambil bagi menggalakkan rakyat di negara ini untuk lebih banyak membaca memandangkan kajian mendapati rakyat Malaysia hanya membaca dua naskhah buku setahun.

"Dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi tempatan, mereka didapati membaca buku semata-mata untuk lulus peperiksaan dan ini berlaku walaupun kadar celik huruf di Malaysia adalah sangat tinggi iaitu 91.9 peratus.

"Keadaan berbeza di negara maju kerana di sana mereka membaca purata antara lapan hingga 12 buah buku setahun seorang," katanya.

Menurut beliau, industri buku di negara ini hanya menghasilkan 8,000 tajuk setahun, manakala di negara-negara maju, jumlahnya adalah 100,000 judul setahun.

Dalam perkembangan sama beliau berkata, Karnival Buku Antarabangsa membolehkan golongan kurang berkemampuan membeli buku dengan harga yang murah.

Katanya, setiap kali penggal persekolahan baru bermula, keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai lebih daripada seorang anak sering berhadapan dengan masalah untuk membeli buku sekolah.

"Beli buku untuk membaca lagi bermasalah dan daripada pengalaman saya sendiri ketika turun padang, ramai yang berminat untuk membaca buku serta melayari Internet bagi mendapatkan maklumat tetapi kemudahan sangat terhad," katanya.

Oleh itu beliau berharap, pesta buku seperti Karnival Buku Antarabangsa akan diadakan setiap tahun bukan hanya di Kuala Lumpur malah di bandar-bandar lain di Wilayah Persekutuan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.