saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 13/02/2010

'Jadikan penjualan MV Agusta sebagai iktibar'

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Penganalisis ekonomi berharap isu penjualan pegangan Proton Holdings Bhd. (Proton) dalam MV Agusta Motor Spa (MV Agusta) menjadi pengajaran kepada syarikat milik kerajaan (GLC) dalam membuat keputusan perniagaan.

Pensyarah ekonomi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Amir Hussin Baharuddin berkata, penjualan tersebut yang dilakukan hampir empat tahun lepas boleh dikatakan satu kesilapan kerana syarikat tersebut berpotensi untuk maju.

"Sepatutnya Proton menggunakan kelebihan yang ada pada MV Agusta untuk menaikkan imejnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia mengenai isu itu yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam blognya.

Menerusi laporan sebuah majalah, MV Agusta yang dibeli oleh sebuah syarikat dari Itali dengan harga 1 euro (RM4) untuk 57.75 peratus pegangan saham Proton telah berjaya dijual semula dengan harga yang jauh lebih tinggi.

Kata Amir Hussin, Proton telah mengabaikan peluang tersebut hanya disebabkan kegagalan untuk menganalisis perniagaannya dengan baik.

Baginya, jika Proton ingin menjadi syarikat yang dipandang tinggi dalam dunia permotoran, ia seharusnya berusaha memperkembangkan MV Agusta dan menyelongkar kelebihannya daripada menjual pegangannya pada harga yang murah.

"Jika tidak, Proton boleh dijadikan satu bahan jenaka dalam dunia permotoran," ujarnya

Pensyarah ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Haim Hilman turut sependapat dalam hal itu apabila berkata, Proton tidak menilai potensi yang ada pada MV Agusta sebelum menjual pegangannya.

"Sekalipun ingin menjual pegangan tersebut, biarlah pada harga yang bersesuaian dengan imej MV Agusta," katanya.

Menurutnya, meskipun MV Agusta dikatakan memberi bebanan hutang kepada Proton, banyak alternatif lain boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu seperti menjalin kerjasama strategik dengan pihak lain.

"Sekurang-kurangnya Proton tidak menanggung beban sepenuhnya, malah mampu mewujudkan jaringan pasaran yang lebih luas," katanya lagi.

Baginya, GLC perlu mengambil iktibar daripada insiden itu selaras kedudukannya sebagai nadi ekonomi negara termasuk dalam aspek teknologi.

Walaupun menyedari perkara itu lebih bersangkut paut dengan risiko perniagaan, tetapi bagi beliau, GLC harus lebih terbuka menerima pandangan pelbagai pihak sebelum membuat keputusan yang boleh menjatuhkan imejnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.