saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 13/02/2010

Tenaga Suria: Malaysia jadi pusat di Asia

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Malaysia berada di landasan yang betul untuk menjadi pusat tenaga suria di Asia dengan menarik lebih banyak kemasukan pelabur asing dalam bidang tenaga suria dan berteknologi tinggi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, setakat ini, Malaysia mempunyai lima pusat tenaga suria yang dikendalikan pelabur asing.

Katanya, kelima-lima pusat suria itu terletak di Kulim, Kedah, Melaka dan Cyberjaya di Selangor, Senai, Johor dan Sabah.

Beliau berkata, setakat ini, pelabur dari Amerika Syarikat membuat pelaburan di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) dan Melaka manakala pelabur dari Jerman membuat pelaburan di Taman Sains Selangor 2, Cyberjaya.

''Kerajaan juga mempunyai pusat suria di Taman Teknologi Tinggi Senai (SHTP), Johor yang dilabur oleh syarikat dari China manakala taman teknologi tinggi di Sabah dilabur oleh syarikat yang berpengkalan di Hong Kong.

''Taman teknologi tinggi di Sabah baru ditandatangani perjanjiannya pada Disember tahun lalu dan kerajaan sedang berunding untuk membuka pusat tenaga suria di Perak,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Senai High Tech Park Sdn. Bhd. (SHTP) dengan EQ Solar Technology International Sdn. Bhd. (EQ Solar) dan MOX Linde Gases Sdn. Bhd. (MOX Linde)

Turut hadir Pengerusi SHTP, Datuk Mohd. Sidik Shaik Osman, Ketua Pegawai Eksekutif SHTP, Datuk Ahmad Shukri Tajuddin, Presiden EQ Solar, Isabel Kow dan Pengarah Urusan MOX-Linde, Wong Siew Yap.

MoU itu memperlihatkan perancangan EQ untuk membina kemudahan pengeluaran mono crystalline dan polycrystalline solar modules di kawasan seluas 10 hektar (25 ekar) di SHTP.

Manakala MOX Linde akan membina kemudahan pengeluaran gas perindustrian bersepadu dan gudang barangan elektronik gas khas seluas dua hektar (lima ekar) di tempat yang sama.

Mustapa menambah, SHTP merupakan projek taman perindustrian berteknologi tinggi swasta pertama manakala Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) di Kedah merupakan projek kerajaan.

Katanya, kerajaan menyokong kewujudan SHTP yang membantu meningkatkan pelaburan asing di negara ini.

''KHTP merupakan projek kerajaan yang menunjukkan kejayaan membanggakan dalam negara kerana berjaya menarik pelabur-pelabur asing termasuk dalam industri suria,'' katanya.

KHTP mempunyai keluasan 718 hektar dan sudah beroperasi lebih 15 tahun.

Kos pelaburan di KHTP adalah RM23 bilion dan kerajaan sudah membelanjakan sebanyak RM800 juta setakat ini.

Ketika ditanya mengapa kerajaan memberi tumpuan kepada tenaga suria, Mustapa menjawab, tenaga suria merupakan tumpuan global masa kini dan ia merupakan tenaga hijau yang boleh diperbaharui.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.