saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 13/02/2010

Hasrat Berjaya Corp. mungkin tidak kesampaian?

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Hasrat Berjaya Corp. Bhd. dan BYD Auto Company Ltd. untuk bekerjasama membina kilang kereta syarikat China mungkin tidak kesampaian.

OSK Research berkata, ini kerana model kereta tersebut hanya 1,000cc tidak menepati kelayakan seperti mana digariskan di bawah Dasar Automotif Negara (DAN).

''Berdasarkan kepada kelayakan itu, kami berpendapat perkembangan ini adalah positif dalam memastikan pasaran bagi pembuat kereta nasional, Proton dan Perodua dilindungi,'' katanya dalam nota penyelidikannya.

Semalam, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kementerian tidak akan memberi pengecualian kepada mana-mana pengeluar kereta yang mahu beroperasi di Malaysia.

Sebaliknya, kata beliau, semua permohonan perlu mengikut garis panduan DAN.

Menurut firma penyelidikan itu, pengguna Malaysia masih mempunyai persepsi bahawa kenderaan buatan negara tersebut masih berkualiti rendah, sekali gus menjadi halangan dalam pasaran tempatan.

Sementara itu, OSK Research berkata, difahamkan kerajaan telah menerima 10 permohonan bagi lesen pemasangan daripada syarikat pengeluar kereta global untuk mendirikan kilang bagi model melebihi 1,800cc.

Katanya, meskipun identiti syarikat-syarikat tidak dinyatakan tetapi dipercayai datangnya pengeluar kereta Eropah kerana kilang syarikat automotif dari Amerika Syarikat sudah kukuh bertapak di Thailand.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.