saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 13/02/2010

Toyota ambil langkah pulihkan keyakinan pengguna

TOKYO 12 Feb. - Toyota merancang melakukan pendedahan terhadap masalah kereta buatannya melangkaui apa yang biasanya dilakukan pengeluar lain berdasarkan keperluan perundangan untuk meningkatkan semula keyakinan pengguna.

Toyota Motor Corp. yang dikritik kerana tindakannya yang perlahan dalam menangani masalah keselamatan menjurus kepada penarikan semula 8.5 juta kenderaan yang menghadapi masalah pedal minyak dan brek berkata, syarikat akan mengumumkan perincian rancangan yang lebih terbuka pada masa depan.

Jurucakap syarikat, Ririko Takeuchi berkata, pembuat kereta itu secara sukarela akan mendedahkan masalah yang tidak serius.

''Kami akan cuba menjadi lebih proaktif.

''Sebahagian pelanggan bimbang, oleh itu kami akan mengambil langkah untuk memulihkan kredibiliti syarikat dengan melakukan pengumuman walaupun jika maklumat itu tidak memerlukan (kenderaan) ditarik balik.

''Ia mungkin masalah kecil tetapi pemandu mungkin memerlukan maklumat ini, kata beliau.

Langkah itu menunjukkan Toyota mengambil langkah untuk memenangi keyakinan yang tercemar berikutan penarikan balik keretanya.

Presiden syarikat itu, Akio Toyoda akan melawat Amerika Syarikat (AS) pada awal Mac untuk menemui pegawai kerajaan dan anggota Kongres yang menerima tekanan daripada Republikan yang mahukan pemimpin syarikat kereta itu memberi keterangan kepada Kongres mengenai kelemahan keselamatannya.

Langkah itu menjurus kepada meningkatnya pendedahan selepas syarikat tersebut memanggil balik 440,000 Prius dan kereta hibrid lain di seluruh dunia pada Selasa lalu berikutan masalah brek, langkah yang diambil seminggu selepas laporan pertama apabila masalah itu ditemui.

Beberapa penganalisis berkata, pada awalnya syarikat itu enggan mengumumkan penarikan balik bagi membaiki masalah brek, yang mana pada masa lalu ditangani menerusi kempen servis yang memaklumkan kepada pemiliknya untuk mendapatkan penyelenggaraan pada masa yang sesuai dengan mereka.

Keputusan untuk memanggil semula Prius - kereta hijau Toyota yang merupakan model paling laris di Jepun - membayangkan bahawa kini syarikat itu sedia untuk melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk memulihkan keyakinan pengguna, kata mereka.

Pada awal minggu ini, Toyota juga enggan menerima anugerah keberkesanan tenaga yang diberikan kepada Prius oleh kerajaan Jepun, sambil berkata penghormatan itu tidak sesuai untuk sebuah kereta yang dilanda dengan masalah penarikan balik yang besar.

Toyota yang merupakan pengeluar kereta terbesar dunia juga sedang dalam proses menarik balik lapan juta kereta yang mengalami masalah pedal minyak yang berada pada kedudukan memecut secara kekal dan pedal memecut yang boleh melekat pada alas lantai. -- AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.