saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 13/02/2010

Clinton selamat jalani pembedahan jantung

NEW YORK 12 Feb. – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton yang menjalani pembedahan jantung semalam dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas doktor berjaya ‘membersihkan’ arterinya yang tersumbat.

Seorang pembantu jururawat, Douglas Band berkata, Clinton keluar daripada Hospital New York Presbyterian dalam keadaan yang sihat dan kini sedang berehat di kediamannya di Chappaqua, New York.

Clinton, 63, mungkin kembali bekerja Isnin ini dan boleh kembali meneruskan gaya hidupnya yang aktif, menurut pakar kardiologinya, Allan Schwartz kepada pemberita, selain menambah beliau tidak mengalami serangan jantung.

Clinton, yang pernah menjalani pembedahan pintasan jantung untuk merawat empat arteri tersumbat pada 2004, mengadu sakit dada, memaksa pasukan doktor semalam memasukkan dua ‘stent’ bagi melegakan satu saluran jantung.

Bekas Presiden daripada Parti Demokrat itu sudah boleh bangun dan isteri beliau yang juga Setiausaha Negara, Hillary Rodham Clinton dan anak perempuan mereka, Chelsea berada di sisinya, kata doktor tersebut yang menambah, Clinton mungkin dibenarkan keluar dari hospital hari ini.

Sejak meninggalkan White House pada 2001 selepas dua penggal perkhidmatan, Clinton terus bergiat cergas dan baru-baru ini menjadi penyelaras bantuan kepada mangsa gempa bumi di Haiti.

Namun komplikasi perubatan yang dirawat semalam bukan berpunca daripada cara hidup atau pemakanan beliau yang kedua-duanya dianggap sangat baik, tegas Schwartz.

Semasa menjadi Presiden, Clinton dikenali gemar makan mengikut selera, termasuk makanan ringan, tetapi selepas meninggalkan White House, beliau dilihat mengamalkan tabiat pemakanan sihat di samping mempunyai jadual kerja yang ketat. – AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.