saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 13/02/2010

Bantahan kes Anwar di Australia tidak pelik

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Tindakan sekumpulan ahli Parlimen Australia membantah perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dilaporkan media asing hari ini bukan sesuatu yang mengejutkan.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kerajaan maklum perbicaraan yang melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan menarik perhatian pelbagai pihak sama ada di dalam mahupun luar negara seperti sebelum ini.

''Oleh yang demikian, reaksi ahli Parlimen Australia itu bukanlah satu perkara yang di luar dugaan,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan kira-kira 50 penggubal undang-undang Australia menggesa kerajaan Malaysia menggugurkan kes liwat yang melibatkan Anwar dengan alasan ia akan mencemarkan imej negara.

Anifah berkata, kementeriannya akan mengambil inisiatif melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra untuk menjelaskan fakta perbicaraan kes Anwar itu kepada ahli Parlimen Australia yang berkenaan.

''Kita berharap pihak-pihak berkenaan akan dapat menghayati, menghargai dan menghormati keluhuran undang- undang negara ini yang mengutamakan keadilan dan hak rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat dan darjat,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.