saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 13/02/2010

Pemandu Singapura tidak berhemah


Tambak Johor sentiasa sesak dengan kebanjiran pemandu dari Singapura terutama pada musim perayaan Tahun Baru Cina.


BAGI pengunjung luar, lawatan ke Johor bukan sahaja memberi pengalaman baru yang berbeza, malah panorama jalan raya di bandar raya ini mungkin sukar ditemui di negeri lain.

Bukan kerana keindahan atau keselesaan semasa memandu, tetapi anda mungkin 'disapa' banyak kenderaan dari negara jiran, Singapura yang menyusuri banyak jalan-jalan utama di negeri ini seperti Jalan Tebrau dan Jalan Skudai.

Destinasi tumpuan mereka adalah Plaza Angsana, selain pusat beli-belah seperti Jusco Tebrau dan City Square. Malah pusat makanan laut terkenal di Senibong turut dibanjiri warga Singapura khususnya pada hujung minggu.

Isunya bukan kebanjiran kenderaan warga Singapura ke sini. Kedatangan mereka amat dialu-alukan, tetapi satu perkara yang perlu direnungkan adalah sikap dan cara pemanduan mereka.

Bukan menuduh semua, tetapi sering disaksikan ramai pemandu dari negara jiran ini melanggar peraturan jalan raya dengan memecut laju, memotong barisan dan laluan berkembar serta tidak kurang juga yang melanggar lampu isyarat merah.

Sebenarnya, ramai warga Johor Bahru tertanya-tanya kenapa sikap pemandu Singapura tiba-tiba 'berubah' sebaik sahaja melepasi pusat pemeriksaan imigresen di Bangunan Sultan Iskandar.

"Jika di negara sendiri, cara pemanduan warga Singapura cukup berhemah dan tidak memandu laju.

"Tetapi sebaik sahaja masuk ke negara kita, tiba-tiba sikap mereka berubah. Adakah mereka ingin menunjuk-nunjuk bahawa mereka ada kereta besar, mewah dan cantik?," rungut seorang sahabat yang jelas muak dengan sikap pemandu dari negara seberang tambak itu.

Jika diamati, memang benar ramai warga Singapura yang memandu pelbagai jenama kereta mewah masuk ke Johor Bahru melalui Tambak Johor. Namun, itu bukan 'tiket' untuk mereka berlagak sehingga membelakangkan undang-undang dan keselamatan pengguna lain.

Seorang lagi rakan memberitahu, dia juga pernah menyaksikan sikap 'buruk' seorang pemandu Singapura di Jalan Tebrau semasa memandu pulang ke rumahnya di Permas Jaya selepas waktu kerja.

Menurutnya, semasa melalui lorong tengah dari tiga lorong di jalan berkenaan, tiba-tiba sebuah kereta Toyota Estima berwarna putih milik seorang warga Singapura yang berada di lorong kiri terus memotongnya untuk masuk ke lorong paling kanan bagi memasuki simpang yang hanya beberapa meter di hadapan.

"Nasib baik aku sempat brek, kalau tidak tentu 'accident'. Yang aku bengang, dia potong tanpa bagi isyarat dan secara tiba-tiba. Lebih buat aku geram, dia kemudian berhenti di depan kereta aku yang hendak terus ke depan kerana dia tak dapat masuk lorong paling kanan untuk masuk ke simpang kanan.

"Kereta dia yang berhenti juga menghalang kereta aku dan kereta-kereta lain yang berada di belakang. Dahlah Jalan Tebrau memang selalu sesak pada waktu balik pejabat, tindakan pemandu itu benar-benar menyusahkan pengguna lain. Bukan aku saja yang marah, malah pemandu kereta di belakang turut membunyikan hon," katanya.

Persoalannya, betulkah sikap mereka berubah hanya kerana ingin menunjuk-nunjuk atau berlagak?

Mungkin ada benarnya kenyataan itu, tetapi yang menjadi persoalan pokok yang sering diperkatakan adalah 'lembutnya' tahap penguatkuasaan di negara ini.

Perkara ini bukan andaian, namun ramai yang bersetuju pihak berkuasa Malaysia terlalu berlembut dan beri muka. Andai tindakan penguatkuasaan dapat dipertingkatkan, pasti semua pengguna jalan raya mampu lebih berhemah dalam pemanduan mereka.

Bukan sahaja ia mendisiplinkan warga asing yang bertandang ke Malaysia, malah rakyat tempatan.

Sekiranya, kerajaan Singapura mampu mendisiplinkan pemandu di negara itu, kenapa kita tidak mengambil contoh tersebut.

Malah, tanpa mengira siapa sama ada rakyat tempatan atau pelancong asing, mereka akan dikenakan tindakan tegas andai melanggar peraturan lalu lintas di sana.

Yang pasti, kereta warga asing tidak akan dibenarkan keluar sekiranya didapati melanggar peraturan termasuk had laju. Pengguna akan diminta menjelaskan bayaran saman sebelum dibenarkan keluar dari Singapura.

Mungkin telah tiba masanya bagi kerajaan Malaysia mengambil tindakan seumpama itu terhadap rakyat asing yang melanggar peraturan lalu lintas di negara ini.

Jika kita boleh mengadakan tindakan penguatkuasaan yang tegas ke atas pemandu rakyat tempatan termasuk menangkap mereka di rumah untuk diheret ke muka pengadilan, mengapa tidak bagi warga asing yang berbuat demikian semasa berkunjung ke negara kita?

Selain pihak imigresen dan kastam di pintu-pintu masuk utama negara, kenapa tidak wujudkan satu bangunan khas bagi pemandu luar untuk menjelaskan saman mereka sebelum dibenarkan keluar.

Jika tidak mampu menjelaskan saman berkenaan, mungkin lokap destinasi yang sesuai untuk pemandu berkenaan. Ia pasti memberi pengalaman 'berharga' dan mungkin golongan ini tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.

Amat diyakini, warga asing ini mampu menjelaskan saman yang dikenakan kerana mereka pasti membawa 'wang' lebih semasa berkunjung ke sini.

Seperkara lagi, kenapa tidak kenakan bayaran masuk kepada warga Singapura seperti yang dikenakan kerajaan negara itu kepada rakyat kita yang membawa masuk kereta ke sana.

Mungkin RM30 atau kira-kira S$12 sekali masuk dilihat berpatutan bagi mereka. Bayaran ini boleh juga digunakan sebagai pendapatan kerajaan untuk menyelenggara dan menaik taraf sistem pengangkutan di negara ini, khususnya negeri-negeri di sempadan.

Andaian bahawa tindakan itu akan 'menghalang' kemasukan warga Singapura ke negara ini hanya persepsi yang belum pasti kebenarannya. Jika diteliti, nilai mata wang negara republik itu berbanding RM yang lebih tinggi, tiada alasan bagi mereka untuk tidak berkunjung ke Malaysia.

Harga barangan yang murah, pusat hiburan yang banyak dan destinasi pelancongan menarik pasti memukau mereka.

Justeru, tindakan yang difikirkan sesuai dan tegas perlu diambil segera untuk 'meredakan' sikap pemandu warga asing yang berlagak semasa berkunjung ke Malaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.