saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 13/02/2010

AG mahu mohon Zamil dilepaskan tanpa dibebaskan

13/02/2010 3:22am

KUALA LUMPUR 12 Feb. Pejabat Peguam Negara (AG) akan memohon perintah agar Zamil Ahmad Murad, suspek dalam satu kes pembunuhan, dilepaskan tanpa dibebaskan kerana bukti menunjukkan tertuduh bertindak demikian kerana mempertahankan diri.

Zamil, 48, seorang jurulatih skuad menembak Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam atas tuduhan membunuh Haikar Iskandar Syed Mazhar, 34.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut antara pukul 4 dan 4.30 petang pada 1 Februari lalu berhampiran kawasan semak di belakang rumah beralamat Lot No 19347 di Gong Badak.

Dalam kenyataan hari ini, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, keputusan mengemukakan permohonan itu dibuat setelah beliau meneliti laporan terperinci tentang kes itu yang dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara.

"Setelah meneliti dengan lebih lanjut faktanya, saya berpendapat, ada bukti menunjukkan bahawa suspek telah mengambil tindakan tersebut bagi menyelamatkan diri, katanya.

Dalam kejadian itu, Zamil didakwa menembak lelaki itu yang dipercayai cuba menceroboh untuk memecah masuk rumahnya.

Mangsa dikatakan mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk kes pecah rumah, penyalahgunaan dadah dan pernah dikenakan hukuman penjara dan dibuang daerah. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.