saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 13/02/2010

Maulidur Rasul: Mufti Perak persoal tindakan Pulau Pinang

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul mengundang persoalan sama ada tindakan serupa bakal diambil ke atas perayaan dan sambutan lain selepas ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mempersoalkan sama ada alasan 'mahu membuat kelainan' kerajaan negeri itu akan menyebabkan perarakan Thaipusam atau Pesta Tanglung dibatalkan kelak.

"Memang perarakan Maulidur Rasul tiada dalam syarak dan lebih menjurus kepada satu trend tetapi ini menjadi antara cara untuk kita menarik minat belia kepada sejarah hidup Nabi Muhammad SAW (dan agama Islam)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul atas alasan mereka mahu membuat kelainan pada sambutan tahun ini.

Tegasnya, jika perarakan sempena Maulidur Rasul ingin dihalang, lebih baik tindakan serupa diambil terhadap hari sambutan lain seperti Thaipusam mahupun Pesta Tanglung.

Selain itu, kerajaan negeri juga tidak memilih mana-mana individu sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul tahun ini.

Tahun lalu, perarakan sempena Maulidur Rasul sejauh 2.6 kilometer disertai kira-kira 3,000 orang dari 50 kontinjen bermula di Jalan Padang Kota Lama melalui Lebuh Light, Pangkalan Weld dan Lebuh Chulia sebelum berakhir di Dewan Sri Pinang.

Pada 2008 pula, lebih 2,000 orang membabitkan 36 kontinjen berarak sejauh lima kilometer melalui Jalan Masjid Kapitan Keling, Lebuh Chulia, Lebuh Pantai, Jalan Pesara King Edwards, Jalan Tun Syed Barakbah dan Jalan Padang Kota Lama.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom memberitahu, beliau belum mendapat maklumat penuh dari majlis agama negeri tersebut mengenai pembatalan perarakan itu.

"Kita belum tahu bentuk program yang bakal menggantikan perarakan (Maulidur Rasul) tetapi semuanya bergantung kepada cara masing-masing.

"Saya tidak pasti sama ada tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang ini diambil kerana inginkan pendekatan baru atau mempunyai motif tertentu.

"Namun, semua terserah kepada mereka kerana perkara ini berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri," tegasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.