saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 14/02/2010

Jeany si penterjemah kisah kehidupan


Jeany nekad mahu mengabdikan seluruh kehidupan dalam penghasilan karya penulisan skrip.


ORANGNYA kecil dan begitu juga dengan umurnya. Namun ia bukan menjadi kayu pengukur buat gadis diberi nama Aziny Amir atau lebih mesra disapa Jeany ini. Dalam usia 22 tahun ini dia sudah mempunyai segumpal pengalaman yang berkemungkinan tiada pada rakan sebayanya.

Pengalaman hidup yang dimilikinya itu melewati kehidupan individu lebih tua sejak berada di bangku sekolah tidak disiakan-siakan. Ini selepas restu daripada bapa, Amir Hamzah Abdul Rahim, 58, dan ibunya, Azian Othman, 57.

Tidak mahu bergelar anak derhaka, Jeany memutuskan untuk tidak menyalahgunakan keistimewaan yang diberikan oleh kedua orang tuanya. Apa yang penting adalah Jeany mengambil pengajaran atas segala pengalaman hidup yang ditimba.

Justeru, Jeany memutuskan untuk menterjemahkan semua pengalaman yang dilaluinya menjadi sebuah filem pendek. Semua kisah tersebut dikutip daripada pengalaman sendiri dan beberapa filem yang ditonton di televisyen sebelum ini.

''Saya seorang yang imaginatif. Semuanya idea saya akan usulkan kepada bapa kerana dia juga mempunyai minat yang sama dengan saya. Kami bertukar-tukar pandangan dan fikiran. Kadangkala walaupun idea saya merepek, namun ayah tetap memberikan sokongan,'' katanya.

Seiring dengan itu, Jeany mahu menjadi pelapis kepada generasi penulis skrip yang menghasilkan filem pendek yang ada di dalam negara.

Anak bongsu dari tiga beradik ini juga mahu mengukir namanya sebaris dengan pengkarya kreatif seperti Zahir Omar dan Allahyarham Yasmin Ahmad. Mereka disifatkan mempunyai daya pemikiran yang begitu mengagumkan.

Hasil tangan pertamanya tentang kisah Aidan Damia. Cerita mengenai seorang gadis yang berada dalam alamnya sendiri. Dia tidak boleh menerima kenyataan bahawa sudah kehilangan ibu bapa yang terlibat dalam satu kemalangan.

Sesungguhnya, Jeany tidak mempunyai kaitan langsung dengan watak utama. Ia tercipta hasil pemerhatiannya terhadap kejadian disekeliling yang ditambah dengan daya imaginasinya sahaja.

Kisah Aidan Damia itu juga berjaya menambat hati para juri pada Festival Filem Pelajar Malaysia 2009 anjuran Finas dengan kerjasama ASTRO, UPM dan Panasonic untuk dinobatkan sebagai juara.

Penganugerahan tersebut juga menjadi dorongan peribadi buat dirinya untuk menghasilkan lebih banyak karya pada masa depan. Sememangnya dia mempunyai banyak idea lagi tetapi mempunyai kekangan mendapatkan sumber kewangan.

''Filem pendek tidak seperti filem komersial yang panjang lebar itu. Ia banyak menggunakan monolog atau bahasa badan. Jadi, berkemungkinan ia kurang mendapat tajaan. Tetapi, itu bukan permasalahan utama kerana saya tidak berputus asa untuk mencari penaja sendiri,'' tegasnya.

Saat ditanya, apakah rancangan masa depan pelajar yang sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Penyiaran) Universiti Teknologi Mara (UiTM) tahun kedua ini, katanya ada banyak.

Antaranya adalah Jeany nekad mahu mengabdikan seluruh kehidupan dalam penghasilan karya penulisan skrip sedemikian. Dia tidak akan mudah kalah sehingga karyanya itu mendapat pengiktirafan oleh semua pihak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.