saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/02/2010

Artis kita rendah moral - Wardina


WARDINA tidak sanggup anak-anaknya menjadikan artis sebagai idola masa depan mereka.


HARI ini dalam sejarah dan sejarah itu dicipta oleh pelakon Wardina Safiyyah. Wardina mengambil langkah yang wajar diberi pujian dengan memilih untuk berterus terang mengenai wajah sebenar artis-artis tempatan. Atas dasar tanggungjawab dan prihatin dengan nasib rakan selebriti di Malaysia, pelakon dan pengacara bertudung litup itu mendakwa bahawa golongan tersebut tidak layak untuk dijadikan ikon. Penilaian itu dibuat berdasarkan hasil pemerhatian dan pengalaman sepanjang bergelar artis sejak akhir 1990-an sehingga ke hari ini.

Anak kacukan Aceh dan Australia ini berpendapat, artis sekarang menampakkan kerendahan moral mereka secara terangan-terangan di khalayak. Ia dapat dilihat sama ada menerusi percakapan, pakaian, perbuatan dan tingkah laku.

Bagi Wardina, ia berlaku selepas tiada keseimbangan antara kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan mental (IQ) dalam urusan harian.

Selebriti kita lebih seronok bercerita tentang 'keindahan' badan, kemewahan sendiri dan kehidupan bebas mereka kepada orang awam, tanpa segan silu.

Itu tidak termasuk kisah ketaksuban mereka yang mengagung-agungkan apa sahaja datang dari Hollywood dan Bollywood. Sedangkan pada realiti sebenar, dunia hiburan tanah air sememangnya berbeza dengan apa yang dilalui mereka.

''Sebagai ibu bapa, adakah kita akan berdiam diri membenarkan anak kita terus mencontohi 'bulat-bulat' apa yang dilakukan artis kita? Adakah mereka sudah cukup baik untuk dijadikan ikutan?

''Terus terang, saya tidak rela untuk membenarkan anak saya menjadi salah seorang peminat mereka. Malu sungguh dengan 'perangai' sebegitu. Ia bukan nilai murni yang sepatutnya diwarisi kepada mereka,'' kata ibu kepada tiga anak ini berterus terang.

Pandangan pemilik nama penuh Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot itu disokong dengan beberapa bukti yang secara terang-terangan di hadapan mata sekarang.

Ini apabila artis wanita tanpa segan silu berani berpakaian seksi, mendedahkan bahagian dada dan tidak kisah 'berkemban' di tempat awam. Sifat malu bagaikan sudah terkubur dan apa yang ditonjolkan adalah rasa ketakjuban ke arah kemewahan duniawi semata-mata.

Ia kemudiannya menjadi hidangan kepada umum tanpa tapisan dan apa yang dilalui artis masa kini ternyata bertentangan dengan budaya masyarakat Melayu dan ajaran Islam.

''Ini adalah pandangan peribadi saya. Ia dibuat atas dasar jujur, ikhlas dan menerusi pengalaman yang pernah dilalui. Tiada niat untuk mendabik dada atau mengaibkan.

''Saya sendiri tidak layak untuk menjadi ikon. Sebabnya, saya terasa banyak kekurangan. Terus terang, saya memang kecewa dengan keadaan industri hiburan tanah air masa kini,'' katanya.

Yakin bahawa dia berkata benar, hari ini Wardina juga akan membentangkan pendapatnya sekali lagi secara terbuka dalam seminar mengenai 'Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat' di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan bersama selebriti TV9, Fara Adeeba dan novelis Ayat-Ayat Cinta, Habiburrahman El-Shirazy.

l Berpegang kepada perkara benar

Menjelaskan lanjut mengenai pendapat beliau yang sudah semestinya bakal 'menyakitkan' hati teman-teman artis lain, Wardina juga tidak kisah sekiranya pandangannya diperlekehkan oleh mana-mana pihak. Baginya, itu adalah kebenaran hakiki yang perlu diterima oleh semua.

Walaupun agak pahit dan sukar diterima kerana melibatkan kelemahan rakan seperjuangan tetapi itu adalah kenyataan yang berasas.

Tegasnya, pandangan sedemikian itu bukan sekadar omongan kosong. Ia penuh pengisian yang bermakna dan tidak perlu dibohongi. Buat apa menyembunyikan 'kelemahan' sedangkan ia boleh diperbaiki dan berguna dengan kebaikan semua pihak.

Wardina mengerti sekiranya kenyataan 'pedihnya' itu pasti boleh mendesing telinga sesiapa sahaja insan yang bergelar selebriti. Tetapi, ibu kepada tiga anak ini berpegang kepada pendapat, masih belum terlewat untuk berubah.

''Sebenarnya, kita mempunyai ramai golongan yang bijak dalam industri. Mereka mempunyai kemahiran dalam bidang intra personal dan bahasa badan menggunakan teori pengasas psikologi, Dr. Howard Gardner. Sebab itu, mereka bijak menggunakan kebolehan ini,'' katanya yang pernah mengikuti Seminar Pemikir Antarabangsa bersama rakan artis tahun lalu.

Tetapi malangnya, menurut Wardina mereka tidak mengembangkan ilmu yang ada. Mereka leka di takuk lama. Oleh kerana tidak mahu mencari ilmu baru, akhirnya, mereka ketinggalan kerana daya pemikiran anugerah Tuhan itu tidak dikembangkan.

Masyarakat akan 'memandang' sekiranya artis itu mencatatkan rekod positif. Ini kerana tanggungjawab menjadi selebriti itu besar dan mereka mencerminkan 'wajah' masyarakat masa kini.

Saat diajukan soalan siapakah selebriti Malaysia yang paling layak digelar ikon, Wardina enggan membuat kenyataan. Baginya, biarlah ia dirahsiakan. Bimbang akan mengundang rasa kurang selesa sekiranya diutarakan.

l Akui kesilapan lalu

Dengan berkata benar, ujar Wardina bukan bermakna dia sebagai manusia yang tidak pernah melakukan khilaf. Sebaliknya juga mengakui dirinya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan terutamanya diawal pembabitan sebagai artis sehingga dia melalui proses perubahan dan mendirikan rumah tangga. Itu kerana pada waktu itu, tiada siapa yang menegurnya. Sekiranya ada pihak yang menegur pastinya dia akan berubah lebih awal.

Pada ketika itu juga, dia berdepan dengan masalah komunikasi dan terlalu menuruti kemahuan sebahagian'wartawan' yang mahukan dia tampil seksi, bagaimanapun, dia kemudiannya tersedar dan kembali ke pangkuan jalan.

''Segala apa sahaja kesilapan lalu juga dijadikan panduan hidup, jangan diungkitkan. Apa yang penting, adalah kehidupan kita pada masa depan,'' kata penulis buku cerita dan nutrisi makanan kanak-kanak ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.