saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 15/02/2010

RM299 juta bantu PBT seluruh negara

IPOH 14 Feb. - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyediakan peruntukan geran tahunan berjumlah kira-kira RM299 juta kepada 146 pihak berkuasa tempatan (PBT) tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM236.4 juta diagihkan kepada 98 PBT di Semenanjung, RM28.2 juta di Sabah (22 PBT) dan RM34.5 juta di Sarawak (26 PBT).

"Setiap PBT akan menerima peruntukan antara RM400,000 dan RM5 juta,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, semua PBT wajar menggunakan bantuan geran tahunan tersebut untuk memberi manfaat yang sebaik-baiknya kepada rakyat.

"Bagi mencapai hasrat ini, perancangan berkaitan penggunaan geran yang diberikan ini perlulah dilakukan dengan teliti.

"Semua PBT harus melaksanakan tugas dengan cekap, cepat dan efektif seterusnya dapat menjamin mutu perkhidmatan PBT sentiasa dipantau dan ditambah baik," katanya.

Menurut Cho Ha, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), sebanyak RM1.892 bilion disalurkan untuk menjayakan projek-projek kecil seperti membina dan menaik taraf jalan, parit, kawasan pejalan kaki, memasang lampu jalan dan membina dewan orang ramai.

Sementara itu, katanya, Perak telah menerima peruntukan berjumlah RM51.6 juta (14 peratus) daripada RM368.2 juta yang telah diperuntukkan kepada PBT-PBT di seluruh negara pada tahun lalu.

Sehingga Disember 2009, sejumlah RM50 juta atau (97 peratus) telah dibelanjakan bagi melaksanakan 371 projek seluruh PBT di negeri ini.

Cho Ha berkata, selain peruntukan berupa geran tahunan, pihaknya juga menyediakan peruntukan bagi sumbangan membantu kadar (SMK) atau sumbangan cukai kerajaan Persekutuan kepada semua PBT di seluruh negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.