saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 16/02/2010

Protes campur tangan Australia


Anwar Ibrahim (tengah) ditemani Datin Seri Dr. Wan Azizah dan disambut Tian Chua semasa tiba untuk prosiding kes liwat beliau di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


BARU-baru ini, sekumpulan 50 orang senator dan Ahli Parlimen Australia menghantar surat protes meminta Malaysia tidak meneruskan dakwaan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan alasan ia akan merosakkan imej negara.

Mereka mahu pendakwaan ke atas Anwar dihentikan demi meningkatkan keyakinan kepada sistem undang-undang yang adil dan saksama di Malaysia.

Laporan agensi berita asing memetik Pengerusi Jawatankuasa Kecil bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby sebagai berkata, pendakwaan liwat kali kedua ke atas Anwar merupakan sesuatu yang memalukan sistem demokrasi di Malaysia dan merasakan mereka perlu menyokong pemimpin pembangkang itu.

''Para pemerhati Malaysia sukar untuk percaya bahawa seorang ketua pembangkang boleh menghadapi dakwaan liwat buat kali kedua. Pada pandangan kami, kerajaan Malaysia perlu tahu bahawa imej Malaysia di peringkat global akan terjejas dengan dakwaan ke atas Anwar.

''Kami berharap pihak berkuasa Malaysia tidak akan meneruskan dakwaan tersebut," kata surat protes berkenaan.

Mengikut laporan, surat protes tersebut diserahkan kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia, Datuk Salman Ahmad.

Penghantaran surat protes berkenaan menerima pelbagai reaksi dari pelbagai pihak di Malaysia. Ada di antara pemimpin Malaysia menyifatkan Ahli Parlimen Australia itu sebagai keterlaluan dan tidak faham dengan sistem demokrasi berparlimen di negara ini.

Sementara Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman ketika memberikan reaksi berhubung protes ahli Parlimen Australia itu berkata, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang di luar dugaan.

Anwar yang sebelum ini cuba mencari pelbagai helah untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat keduanya ada berkunjung ke Australia pada Disember tahun lalu.

Ketika itu Ketua Pembangkang tersebut meminta Australia menghantar pemerhati pilihan raya untuk pilihan raya umum yang akan datang kononnya bagi memastikan ia berjalan dengan bebas dan adil.

Media Australia, The Sydney Morning Herald, turut memetik kenyataan Anwar yang dibuat di Australia pada Disember lalu sebagai berkata, kempen beliau pada pilihan raya umum akan datang adalah tidak mudah memandangkan kini beliau terpaksa berhadapan dengan dakwaan liwat yang baru.

''Senarai pengundi tidak boleh dicabar, tidak ada pendedahan media dan pegawai keselamatan tidak berpihak kepada kami (pembangkang). Pada pilihan raya umum yang lalu kami mendapat keputusan yang baik, jadi kali ini kami meminta negara asing termasuk Australia menghantar pasukan bebas," katanya.

Dalam temu bual dengan media Australia berkenaan, Anwar turut menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd yang memuji amalan demokrasi di Malaysia semasa mengadakan lawatan rasmi ke negara ini sebagai tidak tepat.

Sudah menjadi tabiat Anwar untuk menjaja cerita mengenai sistem politik di Malaysia yang kononnya tidak demokrasi di seluruh dunia bagi meraih sokongan.

Dalam kunjungannya ke Australia ketika itu, Anwar berucap mengenai pengalaman masyarakat Islam di Asia Tenggara di Melbourne. Beliau juga menyampaikan syarahan di Universiti Monash mengenai pengalaman Asia dalam mengharungi krisis kewangan global.

Anifah menambah, kerajaan sedia maklum bahawa perbicaraan Anwar akan menarik perhatian pelbagai pihak sama ada di dalam atau di luar negara sebagaimana perbicaraan beliau pada tahun 1998.

''Kementerian Luar Negeri akan mengambil inisiatif melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra untuk menjelaskan fakta- fakta mengenai perbicaraan Anwar kepada ahli-ahli Parlimen Australia yang berkenaan.

''Kita berharap pihak-pihak yang berkenaan akan dapat menghayati, menghargai dan menghormati keluhuran undang-undang kita yang mengutamakan keadilan dan hak rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat dan darjat," tambah beliau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengulas isu berkenaan berkata, penjelasan akan diberikan oleh Wisma Putra kepada ahli Parlimen Australia yang terlibat kerana beliau percaya mereka tidak tahu mengenai kedudukan sebenar kes tersebut.

Penjelasan Wisma Putra itu akan disampaikan kepada ahli Parlimen Australia berkenaan dan ia adalah wajar memandangkan sebelum ini mereka hanya mendengar pelbagai dakwaan yang dilemparkan oleh sebelah pihak iaitu Anwar sahaja.

Selain memberikan penjelasan, Wisma Putra juga perlu menyampaikan mesej kepada ahli Parlimen Australia tersebut supaya mereka lebih menghormati dan tidak mencampuri urusan dalaman sebuah negara berdaulat yang lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.