saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/02/2010

Anwar dakwa terima sokongan pemimpin dunia

PULAU PINANG 16 Feb. - Seperti biasa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menjaja dan mempolitikkan kes tuduhan meliwat yang sedang dihadapinya.

Seperti biasa juga Anwar tidak putus-putus 'menjual' nama pemimpin atau tokoh-tokoh terkenal dunia bagi menunjukkan mereka ini menyokong beliau.

Terbaharu dalam satu majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran parti itu Anwar mendakwa menerima sokongan daripada beberapa pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogen.

Beliau turut mendakwa menerima sokongan Setiausaha Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton dan ulama terkenal, Prof. Dr. Yusuf Al-Qardawi.

Anwar mendakwa kesemua pemimpin berkenaan ditemui semasa beliau menghadiri Forum Dunia Islam-Amerika Syarikat di Doha, Qatar yang berakhir semalam.

Malah bagi menguatkan lagi 'sokongan' pemimpin dunia itu, Anwar mendakwa Hillary datang menemuinya secara peribadi dan menyatakan sokongan terhadap beliau dan AS menyifatkan kes berkenaan melanggar hak asasi manusia.

''Perdana Menteri Turki memberitahu mereka mengikuti perkembangan perbicaraan kes tersebut dan sebagai sebuah negara Islam, Malaysia tidak patut melakukannya sebegitu kepada saya.

''Begitu juga Qardawi yang memberitahu ini adalah cara orang Islam jahat, bukannya Islam baik," katanya dalam ucapannya pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran PKR negeri di sini hari ini.

Dalam laporan agensi berita asing 13 Februari lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kecil bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby berkata, pendakwaan liwat kali kedua ke atas Anwar merupakan sesuatu yang memalukan sistem demokrasi di Malaysia dan berasakan perlu menyokong pemimpin pembangkang itu.

Ketua Pembangkang itu menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Pertuduhan terhadapnya mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Perbicaraan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bermula 3 Februari lalu di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.