saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 17/02/2010

Sikap Nik Aziz dikesali

KOTA BHARU 16 Feb. - Tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sanggup mengeluarkan kenyataan sambutan Maulidur Rasul tidak mempunyai fadilat hanya untuk menjaga kepentingan politiknya dengan DAP, amat dikesali.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia menggambarkan Pas sedia meminggirkan amalan umat Islam dan orang Melayu demi DAP yang sebelum ini membatalkan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.

"Kita sedih kerana segala-galanya dipolitikkan termasuk perkara yang jelas menjadi amalan agama dan budaya di negara ini dan beberapa negara Islam lain.

"Kenyataan sebegini tidak pernah saya dengar sebelum ini kerana sambutan Maulud Nabi sebati dengan cara hidup masyarakat tetapi Nik Aziz sanggup ubah pendirian. Saya yakin ramai umat Islam tidak setuju dengan pandangan tersebut," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin UMNO Bahagian Kubang Kerian di sini hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menambah, amalan dan budaya masyarakat di negara ini tidak wajar menjadi alat politik dan dipertikaikan.

"Sambutan Maulidur Rasul adalah antara acara penting dalam kalendar Islam dan diberi cuti untuk kita berkesempatan bagi menghayati perjuangan Rasulullah sebagai contoh ikutan yang baik dan kita gunakan untuk berdakwah sesama umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz kelmarin bahawa sambutan Maulidur Rasul tidak mempunyai fadilat dan sebarang kelebihan berbanding bulan Ramadan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.