saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 17/02/2010

Tambah bilangan hari cuti bersalin jadi 90 hari NUBE

17/02/2010 12:33pm

KUALA LUMPUR 17 Feb. Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) mahu kerajaan meminda Akta Pekerjaan 1955 bagi menambah bilangan hari cuti bersalin para pekerja swasta dari 60 ke 90 hari seiring dengan negara anggota ASEAN yang lain.

Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon berkata, kebanyakan negara anggota ASEAN telah menerima pindaan Konvensyen 183 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengenai Perlindungan Bersalin yang bukan sahaja menetapkan tempoh cuti bersalin lebih panjang, tetapi juga peruntukan untuk penyusuan ibu dan penjagaan anak.

Singapura memperuntukkan cuti bersalin sebanyak 112 hari, manakala Thailand, Kemboja, Indonesia dan Filipina menetapkan 90 hari.

Beliau berkata, Kemboja turut mewajibkan syarikat yang mempunyai lebih 100 pekerja wanita untuk menyediakan bilik menyusukan bayi dan pusat penjagaan anak.

Kemudahan serupa turut disediakan bagai para ibu di Indonesia.

Solomon berkata, Malaysia akan dapat mengikuti tindakan negara anggota ASEAN yang lain dan menyediakan kemudahan lebih baik bagi kira-kira 5.1 pekerja wanita yang terpaksa membahagikan masa untuk bekerja, dan pada masa yang sama bertanggungjawab untuk menguruskan kesihatan, tumbesaran dan pembangunan anak-anak.

Beliau berkata, NUBE akan menyerahkan satu memorandum mengenai isu itu kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam masa terdekat. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.