saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/02/2010

BNBBC sedia jumpa Ahli Parlimen Australia

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) bersedia menemui ahli-ahli Parlimen Australia bagi menjelaskan isu perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Bung Moktar Radin berkata, ketika perjumpaan itu pihaknya akan memaklumkan bahawa tuduhan terhadap Anwar dibuat oleh individu iaitu bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan bukan oleh kerajaan Malaysia.

"Ahli BNBBC sedia bertemu rakan-rakan di Australia sama ada di negara berkenaan atau sehingga ke Antartika sekalipun," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mewakili 140 ahli Parlimen BN menghantar memorandum bantahan terhadap campur tangan rakan mereka dari Australia di pekarangan Suruhanjaya Tinggi negara itu di Jalan Yap Kwan Seng di sini hari ini.

Turut sama mengiringinya ialah 17 ahli BNBBC termasuk Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron; Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong) dan Datuk Ismail Kassim (Arau).

Dalam laporan agensi berita asing baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby berkata, pendakwaan liwat kali kedua ke atas Anwar merupakan sesuatu yang memalukan sistem demokrasi di Malaysia.

Danby yang mewakili 50 ahli Parlimen negara terbabit kemudian menyerahkan surat protes kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Datuk Salman Ahmad meminta Malaysia tidak meneruskan dakwaan ke atas Anwar.

Bung Moktar berkata, dalam memorandum yang dihantar hari ini, pihaknya menyatakan kesediaan memberi tentangan yang tiada hentinya terhadap mana-mana pihak yang mencampuri urusan perundangan di Malaysia.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (gambar) yang turut hadir bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan ahli-ahli Parlimen Australia itu berkata, beliau akan menulis surat kepada Danby bagi memberi penjelasan berhubung perbicaraan kes liwat Anwar.

Katanya, dalam surat itu beliau akan mendesak Danby tidak mencemarkan imej Malaysia sebaliknya meminta beliau supaya yakin dengan keadilan sistem kehakiman negara ini.

"Dalam surat itu, saya juga akan menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan beliau di mana-mana saja sama ada di Australia atau Malaysia," katanya.

Menurut Ibrahim, beliau berharap ahli-ahli Parlimen Australia membiarkan proses perbicaraan itu berjalan dan menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan siapa yang bersalah tanpa sebarang campur tangan politik.

Sementara itu, Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP), R. S. Thanenthiran yang menghantar memorandum bantahan berasingan bagi pihak partinya berkata, lebih banyak protes akan diadakan jika ahli-ahli Parlimen Australia tidak menghentikan campur tangan dalam sistem kehakiman Malaysia.

"Kami mahu memastikan mereka melakukan ini buat kali terakhir. Kami akan terus bantah jika mereka tidak berhenti di sini.

"Ini adalah amaran keras kepada semua ahli-ahli Parlimen Australia," kata beliau.

Dalam memorandum itu, MMSP menggesa ahli-ahli Parlimen Australia menahan diri daripada terus campur tangan kerana rakyat Malaysia tidak mencampuri urusan undang-undang dan mahkamah negara itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.