saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/02/2010

Wanita nyaris maut, kereta terperangkap dalam lubang


BEGINILAH keadaan sebuah kereta Kia Picanto yang di pandu oleh seorang wanita yang terhumban ke dalam tanah jerlus akibat kebocoran paip air bawah tanah di persimpangan Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang, semalam. - utusan/Ihsan Mohd. Amin Mat Razali


KUANTAN 17 Feb. - Akibat cuba mengharungi limpahan air di tepi jalan, seorang wanita nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terperangkap dalam lubang sedalam kira-kira satu meter di Jalan Sultan Abdullah, Indera Mahkota di sini hari ini.

Namun, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi itu, pemandu wanita yang berusia lingkungan 30-an terselamat walaupun hampir separuh daripada bahagian hadapan kereta jenis Kia Picanto terbenam dalam lubang tersebut.

Kejadian berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota itu dikatakan berpunca daripada limpahan air akibat paip bocor yang berlaku di kawasan itu.

Ia mengakibatkan air melimpah dan memenuhi sebahagian daripada jalan tersebut.

Seorang saksi, Mohd. Amin Mat Razali, 29, berkata, kereta yang dipandu wanita itu dilihat mengharungi limpahan air itu dengan laju sebelum ia terperangkap dalam sebuah lubang yang turut dinaiki air.

"Sebaik sahaja terperangkap, orang ramai yang melihat kejadian itu segera menyelamatkan wanita tersebut. Wanita itu ditarik keluar sebelum dibawa ke hospital," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa hanya mengalami cedera ringan dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.